Berkelakuan tidak senonoh: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis
Berkelakuan tidak senonoh: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis

GEORGETOWN: Seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan bagi membantu siasatan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat kerjanya pada Rabu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata jaminan itu diberikan selepas perintah reman terhadap doktor berusia 43 tahun berkenaan tamat hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, pihak polis menahan pegawai perubatan itu di sebuah hospital di sini kira-kira jam 9.30 malam Rabu selepas menerima maklumat daripada pihak hospital berhubung kejadian berkenaan.
Lelaki itu kemudiannya direman selama empat hari bermula 27 Februari bagi membantu siasatan kes itu.
Berkelakuan tidak senonoh: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.