Saifuddin mengada-ngada – Sanusi

Saifuddin mengada-ngada – Sanusi

Kebimbangan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai kebocoran rahsia kerajaan hanyalah alasan ‘mengada-ngada’ dan tidak masuk akal.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata ini semua maklumat kerajaan akan sampai ke pengetahun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh beliau bila tiba masanya.



Beliau berkata, mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah penting sebagai punca kuasa sesuatu arahan segera dikeluarkan kepada agensi dan jabatan untuk mempercepat dan melicinkan proses pelaksanaan sesuatu projek.

“Jangan-jangan beliau sebetulnya malu mata nak bermesyuarat bersama? Saya telah hadir bermesyuarat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berulang kali tanpa sebarang masalah kerana kita sedar ‘topi’ apa sedang kita pakai.

“Saya juga telah hadir mesyuarat pada peringkat lebih tinggi dan lebih besar bagi negara seperti Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu, Mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara, Majlis Air Negara, Majlis Kerajaan Tempatan, Majlis Perancangan Fizikal Negara dan seumpamanya tanpa sebarang masalah. Tidak ada rahsia kerajaan yang bocor pun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam Saifuddin berkata, sikap Muhammad Sanusi yang tidak menjaga rahsia menjadi antara faktor mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah tidak diadakan lebih setahun.



Saifuddin yang juga Pengerusi bersama jawatankuasa itu berkata, Menteri Besar Kedah itu tidak sepatutnya merungut mengenai perkara berkenaan selepas beliau sering menggunakan maklumat dalam mesyuarat yang dihadiri sebagai modal berceramah di pentas politik.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi bersama jawatankuasa itu berkata, belum ada kejadian beliau membocorkan rahsia kerajaan selama empat tahun menerajui Kedah.

Katanya, rahsia yang lebih besar daripada ‘rahsia kerajaan’ yang beliau dedahkan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mac lalu ialah tidak pernah ada mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri sejak November 2022.

Kataya, beliau turut memohon Anwar menukar menteri lain sebagai Pengerusi Bersama dalam satu mesyuarat di Putrajaya beberapa bulan dulu.



“Majlis ini melibatkan semua agensi negeri dan Persekutuan di setiap negeri, bertujuan memantau isu-isu berbangkit dan memutuskan langkah segera yang perlu diambil oleh pihak-pihak terbabit berasaskan bidang kuasa masing-masing untuk menyelesaikan masalah berbangkit daripada projek-projek kerajaan Persekutuan di setiap negeri.

“Ia penting berdasarkan bidang kuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan berasaskan Senarai Persekutuan, Senarai Bersama dan Senarai Negeri yang diperuntuk dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan,” jelas beliau.

Muhammad Sanusi berkata, isu terpenting dalam sebarang projek kerajaan ialah isu-isu tanah, pewartaan pengambilan balik tanah, pampasan, penguatkuasaan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN).

Katanya, isu teknikal projek, prosedur, reka bentuk, kapasiti, proses tander, peruntukan dan pelantikan kontraktor lazimnya di bawah bidang Persekutuan.



“Ia dipengerusikan bersama oleh seorang Menteri Kerajaan Persekutuan dan Menteri Besar. Kuasa memanggil mesyuarat itu terletak kepada Menteri Persekutuan.

“Selepas mesyuarat itu, Setiausaha Kerajaan Negeri akan mempengerusikan Majlis Penyelarasan Negeri untuk menyusun langkah segera untuk menyelaraskan tindakan agensi dan jabatan berkaitan.

“Sebelum Datuk Seri Saifuddin Nasution dilantik sebagai Pengerusi Bersama selepas Pilihan Raya Umum ke-15, jawatan itu dipikul oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilantik pada Mac 2020. Beliau telah menyusun dan memanggil mesyuarat berjadual tiga atau empat kali setahun,” katanya. BH

Saifuddin mengada-ngada – Sanusi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan



Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker