Pemimpin Bersatu melenting dengan amaran Takiyuddin

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Razali Idris berkata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan tidak perlu memberi amaran berhubung perbezaan pendirian kedua-dua parti itu dalam hubungan dengan Umno-BN.

Razali berkata ini kerana Bersatu tidak pernah memberi sebarang amaran kepada PAS untuk mengadakan perbincangan dengan Umno.

“Saya rasa Takiyuddin tak perlu beri amaran kepada Bersatu supaya tidak mengatakan BN ini musuh politik. Dan kita (Bersatu) pun meraikan keputusan dia (PAS), meraikan PAS bersama-sama dengan Umno, berbincang dengan Umno pun kita tak pernah bagi apa-apa amaran pun kepada dia.

“Jadi dalam hal sebegini, kalau pun ada sedikit kurang senang, saya fikir ada platform (melalui) Majlis Tertinggi PN. Mungkin di situ tempat yang terbaik untuk diperbincangkan,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Takiyuddin berkata PAS tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan pertubuhan Melayu dan Islam lain sebagai musuh utama mereka.

Takiyuddin Hassan

Walaupun tidak merujuk mana-mana pihak, kenyataan yang dikeluarkan beberapa hari selepas Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menegaskan BN adalah musuh utama gabungan itu dalam PRU15.

Semalam juga Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan menurut Muhyiddin, banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan PN dalam menghadapi PRU15.

Sementara itu, Razali menyifatkan perbezaan pendirian antara dua parti itu bukanlah isu yang perlu diperbesarkan.

“Kita raikan (perbezaan pendapat dengan) PAS…PAS (juga) ada perjumpaan dengan Zahid Hamidi. (Jadi) Umno dan PAS pun kena meraikan kenyataan kita (Bersatu) pasal BN.

“Walaupun ada sedikit krisis di antara kita, biasalah…mana-mana pun memang ada krisis. Tapi kedua-dua (PAS-Bersatu) ini solid dalam mengatakan kita akan berlawan dalam PRU15 atas nama PN,” katanya lagi.

Ditanya mengenai perkembangan dan intipati pertemuan antara pemimpin kanan Bersatu dan PAS semalam, Razali berkata MPT belum dimaklumkan lagi berhubung perkara tersebut.

“Saya tak tahu pun intipatinya. Mungkin kita dapat nota daripada Tan Sri (Muhyiddin) ketika perjumpaan pada 3 Oktober nanti,” jawabnya ringkas.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker