Man Kidal rugi RM400,000
Man Kidal rugi RM400,000
Ketika meraikan ulang tahun ke-40, dua tahun lalu, kumpulan legenda, Lefthanded melancarkan penganjuran konsert berskala mega, Ultimate Experience Projek G.I.L.A membabitkan 10 lokasi di seluruh negara.
Projek G.I.L.A adalah singkatan kepada Gerakkan Ilmu Laksana Agendamu dicetuskan oleh pemain gitar, Man Kidal, 58, sejak tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun, pada saat sedang sibuk membuat persiapan, tiba-tiba kerajaan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 untuk fasa kedua menyebabkan segala perancangan kumpulan tersohor itu berkecai di pertengahan jalan.
Masih menaruh harapan untuk konsert diteruskan, Man Kidal berkata, enggan terburu-buru menganjurkannya kerana mahu memastikan persiapan berjalan lancar dan sempurna sebelum pengumuman dibuat.
“Mengikut perancangan, Konsert Ultimate Experience Projek G.I.L.A tertangguh akan diteruskan, tahun depan. Sebelum projek ini berjalan, kami akan memastikan persiapan dibuat dengan lebih terperinci.
“Jika konsert sebelum ini, kami sanggup menyewa Panggung Asia, Gombak dijadikan lokasi latihan, mungkin untuk konsert akan datang menyewa ‘ballroom’ hotel untuk tujuan sama.
“Tak dinafikan, ia akan menelan belanja sangat besar, tetapi apabila berlatih di lokasi seperti ini, ia secara tidak langsung persiapan semua aspek seperti sistem bunyi dan penata cahaya dapat diteliti.
“Jika latihan di studio, kami tak boleh dapatkan rasa dan suasana seperti konsert. Zaman sekarang, kita kena tunjuk kehebatan, barulah orang yakin mahu keluarkan duit bagi menyaksikan konsert,” katanya,
Lefthanded merancang menganjurkan konsert berskala mega, Ultimate Experience Projek G.I.L.A membabitkan 10 lokasi di seluruh negara, namun, tertangguh disebabkan pandemik Covid-19.
Lefthanded merancang menganjurkan konsert berskala mega, Ultimate Experience Projek G.I.L.A membabitkan 10 lokasi di seluruh negara, namun, tertangguh disebabkan pandemik Covid-19.
Berkongsi penganjuran konsert ditunda itu, Man Kidal atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood berkata, meskipun menanggung kerugian sebanyak RM400,000, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat untuk menggunakan formula yang sama demi memuaskan hati penonton.
“Terduduk juga bila mengenangkan kos RM400,00 terbang begitu saja. Dengan duit sebanyak itu saya sudah boleh beli rumah. Tetapi, apabila fikirkan soal kepuasan, kita tidak boleh berkompromi dengan soal kualiti sebagai band yang mempunyai pengikut tersendiri.
“Mungkin disebabkan ada yang nampak kesungguhan Lefthanded, jadi, setakat ini ada tiga penganjur berminat untuk menganjurkan konsert kami.
“Namun, kami minta penganjur tunggu dahulu kerana persiapan perlu mengambil masa lama untuk tampil dengan konsert.
“Kami merancang mengundang media massa dan elektronik ketika sesi latihan dijalankan.
“Ini kerana saya mahu kita semua dapat melihat kualiti sama yang akan ditonjolkan dalam konsert ini,” katanya.
Terdahulu, pemain gitar tersohor itu ditemui pada majlis pelancaran single Sentuhan Kidal yang menyaksikannya bergandingan dengan penggesek biola remaja, Rania Imtiaz, baru-baru ini. HM
Man Kidal rugi RM400,000
Baca Artikel Menarik:
- PAS dan Muhyiddin makin bercanggah
- Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil
- Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri
- Plot tarikh Pilihan Raya Umum ke-15
- Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid
- Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
- Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang
- Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
- Misteri Diego Garcia
- PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
- Zamsaham saman Kafa
- Kerjasama PN seperti retak menanti belah
- Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET