Ismail dapat perintah injunksi sementara terhadap Lokman Adam

Ismail dapat perintah injunksi sementara terhadap Lokman Adam

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, mendapatkan injunksi sementara terhadap Lokman Noor Adam dalam saman berhubung dakwaan kenyataan berunsur fitnah menerusi media sosialnya.

Peguam Ismail, Ragunath Kesavan, berkata Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan injunksi sementara itu sehingga mahkamah mendengar dan memutuskan permohonan injunksi “inter-parte” (kedua-dua pihak), pada 29 Nov.



“Mahkamah mengarahkan defendan (Lokman) dan plaintif (Ismail) memfailkan afidavit balas masing-masing pada 11 pada 25 Okt. Kedua-dua pihak juga perlu memfailkan hujahan bertulis sebelum 8 Nov , manakala hujahan balas sebelum 22 Nov,” katanya kepada media selepas prosiding secara maya.

Pada 12 Sept, Ismail memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi supaya Lokman dengan serta-merta memadamkan semua video yang didakwa memfitnah perdana menteri di akaun media sosial.

Mahkamah mengeluarkan perintah injunksi memaksa defendan mengeluarkan video bertajuk “Bila Presiden Umno Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam”, yang dimuat naik di akaun Youtube, Facebook, Instagram dan TikTok milik defendan.

Mahkamah juga mengeluarkan perintah injunksi untuk menghalang Lokman, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, sama ada secara sendiri, ejen-ejennya daripada membuat kenyataan yang serupa di media sosial atau apa-apa laman web lain milik defendan.



Ismail, 62, yang juga naib presiden Umno, selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan, pada 8 Sept dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.

Beliau berkata, kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube “Lokman Adam”, Facebook “Lokman Noor Adam Official”, Instagram “lokmannooradam” dan TikTok “datoklokmanadam”.

Menurutnya, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif telah berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas perdana menteri itu serta parti-parti politik lain yang bertentangan dengan Umno untuk kekal sebagai perdana menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati parti itu.

Ismail berkata, beliau tidak pernah berjumpa Mahathir dan parti-parti lain dengan membelakangkan atau mengkhianati Umno untuk terus kekal sebagai perdana menteri.



Pada 1 Sept, Lokman mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen atas dua tuduhan membuat hantaran jelik terhadap kerajaan dan Ismail. FMT

Ismail dapat perintah injunksi sementara terhadap Lokman Adam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker