Bersama setiap titisan hujan ada malaikat yang turun membawa rahmat

Bersama setiap titisan hujan ada malaikat yang turun membawa rahmat

“Dia yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya), dan turunkannya air hujan dari langit, lalu keluarkannya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan yang Maha Esa). (al-Baqarah: 22)

Tiba hujung tahun, musim hujan kembali semula. Hujan adalah kekuasaan Allah yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak lagi. Sekalipun saintis barat cuba membuktikan hujan terjadi hasil dari kitaran bumi dan pengaruh awan serta angin, namun ia masih lagi tidak lengkap ‘hujan’ itu malah terdapat lompong di sana sini akan fakta yang mereka sajikan.

Semakin mereka mengkaji, makin kebuntuan. Sehinggalah segala fakta yang dihidangkan itu sebenarnya telah terkandung dalam al-Quran sejak 1436 tahun terdahulu lagi.

Allah mengulang-ulang tentang kejadian hujan di dalam kalam mulia al-Quran sebanyak 22 kali melalui 20 surah. Ia dari kewujudan hujan, sehingga proses kejadian dan hikmahnya kepada semua penduduk di bumi.

Hujan rahmat! Itulah yang selalu diungkap oleh masyarakat. Hujan turun sahaja, terus dikatakan hujan rahmat. Namun persoalannya ialah di mana kerahmatan hujan itu? Apa yang istimewanya jika hari hujan?

Menjawab persoalan itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. A. Irwan Santeri Doll Kawaid al-Nadwi menyatakan, pada hujan itu terdapat rahmat kerana dengannya banyak kebaikan untuk makhluk di bumi. Ia sebagaimana firman Allah

“Dan di antara tanda-tandaNya (ialah) bahawa kau lihat bumi kering dan gersang, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan yang menghidupkannya, pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Fusilat ; 39).

Hujan yang diturunkan oleh Allah itu untuk menghidupkan tanah yang mati. Sebagaimana dapat dilihat pada kawasan yang kering kontang dan jarang sekali dijumpai air seperti di gurun. Tatkala hujan turun, datanglah keberkatan dengan mekarnya kembali berbagai tanaman, tumbuhan kembali hidup setelah sebelumnya kering tanpa daun.

Namun apa yang lebih utama juga ialah hujan itu turun bersama malaikat. Mungkin juga dengan itu rahmat padanya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,

“Pada suatu malam aku diperjalankan untuk mikraj ke langit, lalu aku melihat malaikat yang mempunyai seribu tangan, dan setiap tangan mempunyai seribu jari-jemari. Malaikat itu menghitung dengan jari-jemarinya, lalu aku bertanya kepada Jibril,

“Siapakah malaikat itu dan apa yang sedang dihitungnya?” Jibril menjawab,

“Dia adalah malaikat yang ditugaskan untuk menghitung setiap titisan hujan, ia menghafal setiap titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi.” Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu,

“Apakah kamu mengetahui berapa titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah menciptakan dunia?” Ia menjawab,

“Ya Rasulallah, demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran kepada makhluk-Nya, aku tidak hanya mengetahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara rinci berapa jumlah titisan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di bangunan, di kebun, di tanah yang bergaram, dan yang jatuh di kuburan.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Aku kagum terhadap kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam perhitungan itu.” Kemudian malaikat itu berkata,

“Ya Rasulallah, ada yang tak sanggup aku menghafal dan mengingatnya dengan perhitungan tangan dan jari-jemariku ini.” Rasulullah s.a.w. bertanya,

“Perhitungan apakah itu?” Ia menjawab,

“Ketika suatu kaum dari ummatmu menghadiri suatu majlis, lalu namamu disebutkan di majlis itu, kemudian mereka bershalawat kepadamu. Pahala selawat mereka itulah yang tak sanggup aku menghitungnya.” (Al-Mustadrak Syeikh An-Nuri, jilid 5: 355, hadis ke 72).

Begitu juga dengan sebuah hadis yang diceritakan oleh Ibnu Abbas,

“Setiap titisan hujan itu ada bersamanya seorang malaikat yang akan meletakkan titisan itu pada tempatnya”. Status hadis ini disepakati oleh ulama adalah hadis mauquf.

Namun ada juga hadis mursal yang berbunyi,

“Nabi bertanya kepada Jibril, aku hendak tahu tentang masalah-masalah awan. Jibril menjawab “Wahai Nabi Allah, ini adalah malaikat awan, maka tanyalah dia”. Maka Nabi menjawab “Turunkan hujan di tempat sekian-sekian”. Ibnu Kathir menegaskan bahawa hadis ini merupakan hadis Dhaif, kerana sanadnya terputus.

Hadis dhaif boleh diamalkan

Walau bagaimanapun, Dr. A. Irwan Santeri menjelaskan, dalam bab fadhilat amal, tidak salah menggunakan hadis dhaif sebagai sandaran, namun ianya tidak boleh jika termasuk dalam bab hukum hakam.

Mungkin disebabkan perkara di atas juga waktu turunnya hujan juga dianggap sebagai salah satu waktu mustajab untuk berdoa. Jelas Dr. A. Irwan Santeri, ianya berdasarkan sabda Nabi s.a.w.

“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan; bertemunya dua pasukan, menjelang solat dilaksanakan dan sewaktu hujan turun”.

Manakala hadis lain pula ada menyebut,

“Tidak ditolak doa ketika azan dan ketika rapatnya barisan pada waktu perang.” Dalam riwayat lain disebut, “Dan ketika hujan turun”.

Bagaimanapun Abu Daud dan Ad Damiri, namun Ad Damiri tidak menyebut , “Dan ketika hujan turun”. Justeru lafaz itu disepakat oleh ulamak sebagai lafaz hadis dhaif.

Meskipun begitu, Dr. A. Irwan Santeri menjelaskan tidak salah untuk beramal dengan hadis tersebut kerana ianya tidak bercanggah dengan syariat. Seperti doa itu ada dalam Islam dan waktu mustajab juga terdapat dalam Islam, justeru tidak salah mengambil hadis dhaif ini sebagai sandaran untuk beramal selagi mana ia bukan palsu. Utv

Bersama setiap titisan hujan ada malaikat yang turun membawa rahmat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker