Bekas pegawai khas MB didakwa palsukan slip gaji

Bekas pegawai khas MB didakwa palsukan slip gaji

Johor Bahru: Bekas pegawai khas Menteri Besar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memalsukan slip gaji berjumlah lebih RM15,000, empat tahun lalu.

Tertuduh, Khairul Anuar Daud, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Khairul Anuar yang kini bekerja sebagai ketua pegawai operasi syarikat penerbangan didakwa memalsukan dokumen slip gaji syarikat penerbangan bagi Mei 2018 atas namanya yang berjumlah RM15,820.63, supaya dokumen palsu itu digunakan bagi tujuan menipu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia syarikat berkaitan kerajaan di sini, antara 26 Jun hingga 10 Julai 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dayang Masneh Deh manakala tertuduh diwakili peguam, Hazza Khalid dan Suraya Hani Abdul Halim.

Terdahulu,Dayang Masneh memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin manakala pasport antarabangsa tertuduh diserah kepada mahkamah selain tertuduh perlu melapor diri di Pejabat SPRM Johor Baru pada setiap bulan.

Namun, peguam tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin berikutan tiga anak tertuduh masih menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Tertuduh memohon supaya jumlah ikat jamin diturunkan kepada RM8,000 berikutan hanya dia yang bekerja menanggung keluarganya,” katanya.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pasport antarabangsanya turut diperintah diserah kepada mahkamah dengan arahan supaya melapor diri ke Pejabat SPRM Johor Bahru,sebulan sekali sehingga kesnya selesai.

Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 21 November bagi penyerahan dokumen. HM

Bekas pegawai khas MB didakwa palsukan slip gaji


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker