BAGAI Mati Hidup Semula, Azman Warren Bangkit Jadikan Nyanyian Sebagai Terapi Jiwa

Empat Kali Diserang Strok

BAGAI Mati Hidup Semula, Azman Warren Bangkit Jadikan Nyanyian Sebagai Terapi Jiwa

Itu luahan penyanyi malar hijau, Azman Warren yang berkongsi pengalaman terkena serangan strok sebanyak empat kali sejak dua tahun lalu.

“Kali pertama kesihatan saya merosok secara mendadak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Mungkin sebab waktu itu tak boleh keluar bekerja mencari rezeki, fikiran saya kusut dan melayang.

“Pernah saya mempersoalkan takdir kenapa ini terjadi kepada saya sedangkan saya tidak merokok, tidak mengambil minuman beralkohol dan menjalani kehidupan sihat.

“Seiring masa, saya belajar menerima ketentuan takdir malah anak lelaki saya, James Adam Warren banyak berikan kata-kata semangat untuk saya terus berjuang melawan sakit.

“Bila kita kuat semangat, Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, baru-baru ini.

Kredit: Astro AWANI

Kredit: Astro AWANI

Menelusuri perjalanan sebagai anak seni sejak tiga dekad lalu, Azman mengakui mengejar populariti bukan lagi agenda utama dalam hidupnya.

Azman yang pernah muncul dalam album kompilasi Ikhlas pada 1991 yang turut menampilkan Zainal Abidin, Zubir Ali, Afdlin Shauki, Amir Yussof, dan Sheila Majid kini selesa dikenali sebagai penyanyi jalanan dengan stail tersendiri.

“Mungkin ada di antara penyanyi lama yang segan nak buat show di tepi jalan atau depan kedai makan.

“Sejujurnya, saya tiada masalah dengan kerja begini kerana melihat orang terhibur dengan persembahan saya, ia bagaikan terapi jiwa buat saya.

“Tahun ini masuk tahun kelima saya menghiburkan pengunjung di hadapan kedai-kedai makan.

“Kebiasaannya saya akan mula memetik gitar dan hiburkan pengunjung seawal jam 7 pagi dan berakhir sekitar 1 tengah hari,” kata Azman yang menjadikan lokasi restoran sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Ampang Jaya sebagai lokasi busking.

Kredit: Astro AWANI

Kredit: Astro AWANI

Kongsi penyanyi berketurunan Melayu-Inggeris ini, besar harapan agar kesihatannya kembali pulih memandangkan banyak perancangan yang mahu diselesaikan tahun depan.

Fokusnya kini untuk mengetengahkan isu perjuangan pelarian Rohingya yang memerlukan perhatian dan bantuan sewajarnya.

“Sejak dari dulu lagi saya berniat untuk turun padang dalam membantu golongan Rohingya.

“Ketika menetap di Australia dulu, saya banyak melibatkan diri dalam projek kemanusiaan membantu mereka yang kurang bernasib baik di sana.

“Jika diizinkan Allah SWT, saya berniat mewujudkan sebuah komuniti atau tempat khas khusus untuk etnik Rohingya mengikuti latihan kemahiran ke arah memastikan warga negara berkenaan berkemahiran dalam bidang tertentu.

“Ini penting untuk mereka kerana mungkin ada yang tidak bersedia bekerja atau majikan tidak bersedia kerana pelarian Myanmar tidak mempunyai kemahiran asas.

“Sebagai penghibur, saya bersedia untuk masuk ke lokasi pedalaman dan membuat persembahan berhibur sambil menderma,” akhirnya ceria. AA

BAGAI Mati Hidup Semula, Azman Warren Bangkit Jadikan Nyanyian Sebagai Terapi Jiwa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker