Misteri Diego Garcia
Misteri Diego Garcia
Pulau Diego Garcia pernah tidak berpenghuni selama lebih 200 tahun sebelum menjadi kemudahan sokongan berskala penuh untuk tentera laut Amerika Syarikat (AS).
Menurut Veteran Life, lokasi rahsia ini kekal misteri namun sering menarik perhatian ramai apabila dikaitkan dengan pelbagai teori konspirasi.
Satu lagi laman web mengenai ketenteraan, Asian Military Review mendakwa United Kingdom (UK) memajakkan pulau itu kepada AS sehingga 2036.
Sejarah Diego Garcia
Ia dikatakan ditemukan pada awal abad ke-16 oleh kapal Portugal.
Peta rasmi pertama yang menamakan pulau itu sebagai Diego Garcia diterbitkan pada 1599. Ia dibuat oleh penjelajah, Edward Wright.
Selepas penerbitan peta itu, pulau ini dikatakan kekal tidak berpenghuni selama lebih 200 tahun.
Pada 1965, Wilayah Lautan Hindi British ditubuhkan, dan Diego Garcia dijadikan salah satu entitinya. Tujuh tahun kemudian, Britain dan AS menandatangani perjanjian untuk pembinaan Stesen Komunikasi Tentera Laut AS di pulau itu.
Fasiliti itu untuk meningkatkan keupayaan komunikasi kerajaan AS dan Britain untuk di Lautan Hindi bagi kegunaan kapal dan pesawatnya.
Sebagai tambahan, Fasiliti Sokongan Tentera Laut di Diego Garcia bertujuan untuk memperluas jaringan komunikasi pertahanan AS.
Negara itu kemudian membina pangkalan kekal di situ dalam masa dua tahun. Menjelang 1980-an, Diego Garcia menjadi Fasiliti Sokongan Tentera Laut AS berskala penuh. Ia digunakan untuk operasi rutin dan tindak balas krisis.
Pangkalan tentera laut
Pangkalan rahsia tentera laut dikatakan masih beroperasi sehingga kini. Ia pangkalan kepada ribuan tentera AS, radar canggih, penjejakan angkasa lepas, dan kemudahan komunikasi.
Ia dikatakan digunakan untuk operasi pengebom jarak jauh, operasi pasukan khas dan tempat berlabuh kapal selam berkuasa nuklear dan aset angkatan tentera laut.
Paling penting, AS dan sekutunya dipercayai boleh menghantar tenteranya ke kawasan Lautan Hindi. Ia dipercayai membantu banyak operasi kontigensi untuk angkatan AS di wilayah lain.
Di mana Diego Garcia?
Pulau Diego Garcia adalah dalam Wilayah Lautan Hindi British, berhampiran dengan penghujung selatan India.
Kemudahan tentera ini terletak di Kepulauan Chagos, yang mana lokasi tujuh pulau karang.
Diego Garcia berbentuk seperti tapak kaki kuda, dengan kira-kira 1.2 meter dari paras laut dan dikatakan mempunyai tanah seluas kira-kira 2,719 hektar.
Pulau ini sepanjang kira-kira 22 kilometer (km) dan lebarnya, kira-kira 6.4 km. Ia dikatakan mengelilingi pelabuhan semula jadi tercantik di dunia.
Diego Garcia adalah pulau karang hidup dan bekas gunung berapi. Ia dikatakan mengalami hujan lebat sepanjang tahun dan dipenuhi tumbuhan semula jadi dan pokok kelapa.
Adakah ia boleh dilawati?
Diego Garcia bukan tempat yang boleh dilawati orang awam.
Ini kerana akses ke lokasi berkenaan adalah sangat terhad dan memerlukan kebenaran daripada Fasiliti Sokongan Tentera Laut AS yang ditempatkan di pulau itu.
Hanya kakitangan awam Jabatan Pertahanan (DoD), tentera dan kontraktor dibenarkan masuk ke pulau berkenaan, lapor Veteran Life.
Disebabkan kerahsiaan pulau berkenaan, pasangan kepada kakitangan DoD atau tentera tidak dibenarkan untuk ditempatkan di Diego Garcia. HM
Misteri Diego Garcia
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.