Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi
Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi
Tak dinafikan, sindiket penipuan kerja di luar negara semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini malah ramai rakyat Malaysia telah terpedaya dengan tawaran gaji lumayan sehingga membuatkan mereka terkandas di Kemboja, Laos dan Myanmar.
Dipaksa tidur dengan ramai lelaki
Kebanyakan mangsa sindiket penipuan kerja ini akan dikurung, dipaksa bekerja dan diseksa sekiranya tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Lebih mengejutkan apabila ramai mangsa wanita beragama Islam dipaksa tidur dengan lelaki, dicabul serta dipaksa memakan lauk yang mengandungi daging babi. Sekiranya prestasi mereka tidak memuaskan, mereka akan diseksa seperti direnjat dengan elektrik, dijadikan pelacur dan organ mereka diambil untuk dijual. Mayat mangsa yang terbunuh kemudian dicampak dan dibiarkan begitu sahaja.
Baru-baru ini, salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Elyn berusia dalam lingkungan 30-an menceritakan pengalaman hitamnya menjadi mangsa sindiket penipuan kerja kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim.
Mangsa mendakwa ketika menjadi mangsa penipuan empat bulan lalu, dia telah ditempatkan bersama beberapa mangsa wanita yang lain sebelum dipaksa berpakaian seksi dan tidur dengan ramai lelaki.
Ada satu kes di mana lelaki itu sebelum ini bekerja dengan syarikat teknologi maklumat di Dubai namun apabila syarikat ditutup, dia ditawar sindiket kononnya untuk bekerja dalam bidang sama di Thailand dengan tawaran gaji lebih lumayan. Namun apabila tiba di Chiang Mai, Thailand, lelaki terbabit dikurung sebelum dibawa pihak sindiket ke Laos dan dipaksa bekerja sebagai scammer.
Organ dijual
Seorang rakyat tempatan yang berasal dari Labuan, Sabah telah ke Dubai untuk bekerja tetapi sayangnya dia telah ditipu oleh sindiket penipuan kerja. Dia hanya dapat berkomunikasi dengan keluarganya sebulan sahaja sebelum ‘hilang’ tanpa khabar berita. Ada mangsa yang terselamat mendakwa dia terpedaya dengan tawaran gaji ASD$1,100 (RM4,991).
Rakannya itu mendakwa mereka akan bekerja dengan aplikasi pelaburan forex dan apabila tiba di sempadan Vietnam, dia dipaksa bekerja sebagai scammer. Dia turut memberitahu diseksa dan dipukul, malah tiga jarinya hampir putus, hidung berdarah, mata lebam dan kepala bengkak sehingga sukar untuk tidur.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Amy turut berharap agar dua anak lelakinya berusia 16 dan 30 tahun yang kononnya ditawarkan sebagai tukang masak di Myanmar selamat pulang ke tanah air.
Anak saya yang menghubungi saya secara sembunyi turut memberitahu diseksa dengan renjatan elektrik, selain darah diambil kemungkinan organnya akan diambil untuk dijual.
Sumber: Harian Metro
Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi
Baca Artikel Menarik:
- PAS dan Muhyiddin makin bercanggah
- Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil
- Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri
- Plot tarikh Pilihan Raya Umum ke-15
- Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid
- Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
- Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang
- Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
- Misteri Diego Garcia
- PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
- Zamsaham saman Kafa
- Kerjasama PN seperti retak menanti belah
- Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.