Tindakan susulan kes MH17 hanya dibuat selepas keputusan mahkamah Belanda – Ismail
Tindakan susulan kes MH17 hanya dibuat selepas keputusan mahkamah Belanda – Ismail
Sebarang tindakan susulan Malaysia berhubung kes penembakan jatuh pesawat MH17 hanya akan dibuat selepas mahkamah di Belanda membuat keputusan mengenainya, pada 17 Nov.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Belanda Mark Rutte, di sini, pada Jumaat, beliau menyuarakan pendirian negara yang mahu bersikap adil kepada semua pihak yang dikaitkan dengan insiden itu.
“Kes ini telah pun berada di peringkat mahkamah dan keputusan November ini, kita akan sama-sama tunggu keputusan. Apa-apa tindakan akan kita buat selepas keputusan mahkamah. Sebab MH17 ini libatkan ramai rakyat Belanda dan Malaysia,” katanya pada sidang media, pada Sabtu.
Kedua-dua pemimpin itu yang berada di bandar raya ini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77, bertemu di ibu pejabat PBB.
Mahkamah Daerah The Hague akan memutuskan perbicaraan kes MH17 pada 17 Nov. Ia melibatkan empat individu yang menghadapi 298 pertuduhan membunuh kerana didakwa menembak jatuh pesawat yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Jul 2014.
Perdana menteri mengakui terdapat tekanan terhadap Malaysia untuk menyertai beberapa negara mengambil tindakan terhadap Rusia yang dituduh terlibat dengan kejadian penembakan jatuh pesawat milik Malaysia Airlines itu, namun ia tetap dengan pendirian untuk menunggu keputusan mahkamah.
Ismail juga berkata, kedua-dua negara bersetuju meningkatkan jalinan hubungan dua hala, termasuk perdagangan dan bantuan teknikal untuk menangani isu banjir di Malaysia.
“Kita mendapat nasihat daripada pakar-pakar Belanda yang datang ke Malaysia tahun ini untuk membantu kita susulan banjir besar tahun lepas. Belanda walaupun kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut, namun mereka mampu kawal banjir,” katanya.
Dari segi perdagangan, Belanda merupakan pembeli minyak kelapa sawit terbesar di Eropah, manakala Malaysia banyak mengimport produk pertanian daripada negara itu, katanya. FMT
Tindakan susulan kes MH17 hanya dibuat selepas keputusan mahkamah Belanda – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]