Shaheizy Sam kembali sado

Shaheizy Sam kembali sado

RASANYA baru sahaja tengok badan pelakon Shaheizy Sam ‘bulat’ dengan perut macam wanita hamil sembilan bulan. Tiba-tiba sekarang ototnya dah jadi berketul-ketul.

Cepat betul perubahan bentuk badan pelakon itu. Dari gemuk menjadi sasa. Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shaheizy berkongsi kegiatannya bersenam di gimnasium sambil menunjukkan bentuk tubuhnya yang kekar.

Apa yang membuatkan peminatnya teruja apabila pelakon itu dilihat mampu mengubah bentuk badannya. Sebelum ini berlemak, sekarang berotot dalam masa singkat. Macam magis pun ya juga.

Kata Shaheizy, tiada yang mustahil untuk dilakukan, asalkan perlu ada disiplin yang tinggi dan jangan menipu diri sendiri.

Maksudnya, kalau betul-betul nak berubah, kena usaha sungguh-sungguh dan jaga pemakanan selain rajinkan bersenam di gimnasium.

Difahamkan Shaheizy kini dalam persiapan untuk ‘turun padang’ bagi menjalani penggambaran sebuah filem baharu. Sebab itulah dia perlu mendapatkan kembali bentuk tubuh yang tegap.

Tak semua orang mampu lakukan seperti apa yang Shaheizy buat. K Online

Shaheizy Sam kembali sado


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker