Ayat Kursi, amalan kecil menjanjikan syurga

SETIAP Muslim pasti mahukan pengakhiran yang terbaik iaitu dengan mendambakan syurga sebagai tempat tinggal abadi.

Biarpun ramai percaya, meraih syurga bukan perkara mudah, namun ada beberapa hal yang dipandang kecil tetapi sebenarnya mampu memberikan ganjaran syurga kepada pengamalnya.

Antaranya adalah mengamalkan bacaan ayat Kursi setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Daripada Abu Umamah yang menceritakan bahawa Nabi bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas menyempurnakan solat fardu, tidak akan terhalang baginya daripada masuk ke syurga melainkan kematian (iaitu Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga sebaik sahaja selepas dia mati).” – Riwayat Tabrani

Selain tu, mengikut riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW menyatakan bahawasanya ayat Kursi adalah bersamaan dengan 1/4 ayat al-Quran. (Tafsir Ibnu al-Katsir).

Oleh itu, sekiranya seseorang berniat untuk mendapatkan ganjaran pahala membaca al-Quran, maka Insya-Allah bakal diperoleh dalam masa yang sama.

Utusan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker