Fitnah saya saman – Sophia Albarakbah
Fitnah saya saman – Sophia Albarakbah
Pelakon Sophia Albarakbah menegaskan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah terhadapnya jika masih dikaitkan dengan cerita kurang enak termasuk isu orang ketiga atau penyondol.
Kata Sophia, 30, sebagai insan biasa, tahap kesabarannya juga ada had.
“Dalam setiap apa yang kita buat mungkin ada tak suka dan sengaja petik nama kerana tahu saya tak boleh lari tapi siapa kenal, dia tahu saya macam mana.
“Kalau makin melampau saya mungkin akan ambil tindakan undang-undang.
“Setakat ini saya masih boleh sabar tapi semua orang ada tahap kesabaran,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35), baru-baru ini.
Pada acara tersebut, Sophia meraih trofi Aktres Filem Popular menewaskan Maya Karin, Diana Danielle, Janna Nick dan Ahirine Ahirudin.
Menurutnya, kemenangan diperoleh membuktikan ramai menyayangi dirinya yang turut menunjukkan pembabitan dalam industri serba mencabar ini sebagai pilihan tepat.
“Saya tidak tahu mengapa orang masih cop saya teruk sedangkan kenyataan sebelum ini pun saya buat disebabkan mulut segelintir netizen yang memetik nama saya.
“Tidak patut fitnah diri saya sebegitu kerana saya hanya mahu pertahankan diri, namun kalau orang ramai masih nak mengata itu antara dia dengan Tuhan.
“Saya percaya, kalau ada seribu orang benci saya mesti ada seribu orang lain yang sayang saya, lagipun isu suami artis dikacau itu dimaksudkan orang lain, bukan saya,” tambahnya.
Terdahulu, bintang berdarah campuran Melayu, Cina, Arab itu didakwa netizen sebagai aktres yang cuba mengganggu rumahtangga Fazura dan Fattah Amin gara-gara pernah berlakon dengan aktor tersebut dalam filem Mimaland tiga tahun lalu. K Online
Fitnah saya saman – Sophia Albarakbah
Baca Artikel Menarik:
- ‘Ibu ayam’ dicekup selepas balik dari Mekah
- Alasan TMJ tak relevan, FAM perlu hukum JDT
- Saya terdesak dalam poket ada RM15 saja
- Kata-kata terakhir arwah Salahuddin sebelum dikejarkan ke hospital
- Isteri Bell Ngasri dedah sisi lain Barkoba di rumah
- Mohd Amar dakwa staf ke tandas
- REE: ‘Kehilangan’ 2 warga China jadi tanda tanya
- Polis Perak cari lelaki baring atas jalan raya
- Punca pendarahan otak
- Pengumuman calon PRN panas, cetus konflik dalaman parti
- Anwar beri amaran ‘bekas pemimpin negara’ pulangkan wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat
- Annuar Musa disaman!
- Fasha Sandha Makin Seksi Selepas Kurus [VIDEO]
- Music Malaysia sokong penuh tindakan tegas kerajaan haramkan kumpulan The 1975
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35