UNGA ke-77: Kembali Ke Meja Rundingan, Bukan Asingkan Negara – PM

UNGA ke-77: Kembali Ke Meja Rundingan, Bukan Asingkan Negara – PM

NEW YORK: Ketika dunia berdepan dengan cabaran-cabaran geopolitik seperti konflik di Ukraine, semua negara, terutamanya negara-negara besar digesa supaya mengelak daripada mengasingkan sesebuah negara dalam sebarang platform antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berulang kali menegaskan dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 bahawa Malaysia tidak bersetuju dengan mewujudkan blok pengasingan yang dilihat hanya akan memburukkan situasi.



“Apabila tercetusnya konflik, semua pihak bertanggungjawab untuk meredakan ketegangan dan memberi keutamaan kepada keselamatan dan nyawa orang awam.

“Pada masa yang sama, pihak yang bertelagah perlu kembali ke meja perundingan untuk menghentikan konflik secepat mungkin.

“Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan pengasingan sesebuah negara daripada pertubuhan antarabangsa,” ujarnya pada Jumaat.

Malah, katanya, blok pengasingan hanya akan “mendorong dunia ke kancah perang dingin”.



Merujuk kepada situasi di Ukraine, Perdana Menteri berkata, kesannya bukan sahaja dideritai oleh rakyat negara itu, malah turut dirasai serata dunia.

“Konflik ini telah mengancam keamanan, keselamatan global, ekonomi dan menggugat sekuriti makanan.

“Malaysia mengalu-alukan perwujudan koridor laluan laut yang membolehkan penghantaran bijirin dari Ukraine.”

Sesi debat umum UNGA pada tahun ini jelas didominasi oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, selepas dua tahun tumpuan terarah kepada pandemik COVID-19.



Selain Ismail Sabri, turut membuat seruan untuk keamanan di Ukraine termasuk Presiden Ghana Nana Addo Dankwa Akufo-Addo pada Rabu dan Presiden Poland Andrzej Duda pada Selasa.

UNGA ke-77: Kembali Ke Meja Rundingan, Bukan Asingkan Negara – PM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker