Solidariti UMNO untuk Najib kini lesu – Zaid
Solidariti UMNO untuk Najib kini lesu – Zaid
Peguam terkenal, Datuk Zaid Ibrahim menegur sikap para pemimpin dan ahli UMNO yang kini seolah-olah lesu dalam bersolidariti dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, semasa sesi taklimat khas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur enam minggu lalu, semangat mereka berkobar-kobar.
Zaid memberitahu, ketika itu, mereka bercakap tentang kepincangan sistem keadilan dan penganiayaan terhadap Najib.
“Semangat berkobar-kobar macam nak pecah Dewan Merdeka, tetapi enam minggu kemudian, hari ini, lesu. Tidak ada apa-apa tindakan susulan diambil oleh UMNO seolah-olah UMNO was-was tentang solidariti.
“Seolah-olah UMNO sendiri tidak yakin Najib dianiaya dan inilah punca kekalahan kita pada 2018. Kita tidak yakin tentang Najib tidak bersalah, dia ditipu oleh kumpulan-kumpulan tertentu,” katanya seperti dipetik daripada rakaman video yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya, hari ini.
Beliau mengingatkan bahawa naratif yang digunakan pihak lawan pada 2018 telah memberi kemenangan kepada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sekutu-sekutunya.
Zaid menambah, Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan tewas kembali sekiranya mereka tiada naratif yang boleh meyakinkan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Sehubungan itu, beliau berharap agar kepimpinan UMNO termasuk di peringkat bahagian meneliti kembali naratif semangat perpaduan dan kekuatan parti.
“Kalau kita tak ada semangat untuk memberangsangkan dan meyakinkan rakyat tentang kebenaran pihak kita, apa perlunya mereka pilih kita?
“Jadi dalam hal ini, fikirkan dalam masa terdekat apa tindakan yang kita perlu ambil sebagai satu kumpulan,” jelasnya.
Zaid turut menegur sikap kepimpinan elit Melayu dalam UMNO yang dilihat selesa dengan kekayaan, jawatan dan pangkat yang mereka miliki.
Beliau berkata, adalah malang sekali bagi UMNO jika keselesaan itu menutup segala perasaan dan semangat mahu memperjuangkan kebenaran.
Zahid meminta ahli-ahli UMNO menghidupkan kembali semangat perjuangan yang tulen itu dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan parti tidak menang PRU-15.
“Apakah itu yang kita mahu? Apakah kerana keselesaan kita ini cukup untuk kita menolak segala bahaya yang sudah tentu ada risiko bila kita menentang perkara yang tak betul?
“Apakah kita sanggup berdiam diri kerana kita takut kepada risiko ini?” soalnya. MG
Solidariti UMNO untuk Najib kini lesu – Zaid
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]