Kanak-kanak maut, bapa, kakak parah MPV bertembung Hilux

Keadaan kenderaan Perodua Alza yang dirempuh sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux di Jalan Kesang Garing, Melaka, pagi tadi.

JASIN – Seorang kanak-kanak maut, manakala bapa serta kakaknya parah selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah trak pikap dari arah bertentangan di Jalan Kesang Garing, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Afif Daiyan Shamsuri, 5, meninggal dunia di lokasi, manakala kakaknya Auni Dalili, 11, dan bapa mereka Shamsuri Mohd., 45, mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, ketika kejadian kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki empat beranak itu dalam perjalanan dari arah Kesang menghala ke Durian Tunggal.

“Siasatan awal mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun tiba-tiba memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV dinaiki mangsa.

“Akibat kemalangan itu, seorang kanak-kanak meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu iaitu bapanya dan kakaknya yang berada di bahagian penumpang belakang parah di kepala serta badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mispani berkata, penumpang hadapan MPV iaitu ibu kepada kanak-kanak tersebut, Che Hasliza Che Ha, 43, dan pemandu Hilux hanya mengalami kecederaan ringan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasatan, manakala kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker