Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang

PRU15

Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang

Umno mempersoalkan keikhlasan pembangkang yang membangkitkan kebimbangan risiko pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan pada musim tengkujuh.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pembangkang yang menentang PRU15 diadakan lebih awal sebagai bukti ketakutan, selain cubaan ‘membeli masa’.

“Jujurkah mereka dengan alasan tersebut atau ia sekadar satu lagi muslihat untuk mengelak daripada perlu berdepan dengan penentuan rakyat,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, berkata sekiranya pembangkang benar-benar bimbang dengan banjir, maka PRU15 perlu diadakan segera, sebelum tiba musim tengkujuh.

“Hakikatnya, kemungkinan banjir yang tidak diketahui skalanya lebih menuntut PRU-15 diadakan sekarang agar kebajikan rakyat dapat diuruskan oleh sebuah kerajaan yang lebih stabil dan kukuh,” katanya.

Menurutnya, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Asyraf Wajdi Dusuki juga telah menjelaskan PRU15 boleh diadakan dalam tempoh empat minggu sejurus Parlimen dibubarkan.

Zahid, yang juga pengerusi BN, berkata tidak perlu tempoh berkempen lama memandangkan pembangkang telah memulakan jelajah mereka di seluruh negara.

Pada 17 Sept, Zahid berkata, BN sanggup mengharungi air banjir untuk berkempen bagi PRU15 jika ia diadakan pada musim tengkujuh.

Kenyataan tersebut mengundang kritikan antaranya, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng membidas Zahid yang mempersoalkan sama ada dia sedia bertanggungjawab terhadap kerosakan dan kematian jika PRU15 diadakan ketika musim banjir.

Banjir yang melanda negara pada akhir tahun lalu meragut 55 nyawa, dengan lebih 500,000 orang hilang tempat tinggal.

Kerugian akibat infrastruktur awam, rumah dan pertanian yang musnah mencecah lebih RM6 bilion.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan musim tengkujuh bermula November dan berterusan hingga Mac depan. FMT

Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker