Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 – Hakim
Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 – Hakim
Ketiadaan bukti tidak langsung adalah antara sebab Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan hari ini daripada semua 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Asing (VLN).
Dalam penghakimannya, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa berkata, dia tidak dapat membayangkan bagaimana jutaan wang dimasukkan ke dalam sampul surat dan dihantar kepada Zahid.
Mohd Yazid berkata, dalam kes Rosmah Mansor, beg-beg digunakan untuk menghantar berjuta-juta wang tunai kepada isteri bekas perdana menteri itu, yang telah disabitkan bersalah dalam kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
“Ketiga-tiga saksi utama memberi keterangan bahawa semua wang tunai dimasukkan ke dalam sampul coklat pada setiap kali penghantaran. Pada mulanya, amaun bulanan ialah SGD200,000 tetapi kemudiannya dinaikkan kepada SGD300,000 dan akhirnya SGD520,000. Bagi bulan yang tertinggal, jumlah itu kemudian akan digandakan pada bulan-bulan berikutnya.
“Sebagai contoh, jika mereka tidak membayar pada Januari, amaun itu akan dibayar bersekali pada Februari. Sekali lagi, ia semua dimasukkan ke dalam sampul surat,” katanya.
“Berbanding kes Rosmah, penghantaran pertama RM5 juta dalam bentuk wang tunai pada 20 Dis 2016 dibahagikan kepada dua beg berisi RM2.5 juta setiap satu. Untuk penghantaran kali kedua berjumlah RM1.5 juta, wang itu dimasukkan ke dalam dua beg.
“Dalam kes Zahid, pihak pendakwaan tidak menunjukkan sebarang sampel sampul surat. Tiada bukti menunjukkan saiz sampul surat yang digunakan.
“Saya tidak boleh bayangkan saiz sampul apa yang boleh memuatkan wang tunai SGD600,000 yang bersamaan dengan sekitar RM1.6 juta pada masa itu,” kata Yazid.
“Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikemukakan di mahkamah, pemandu tidak dipanggil, pengawal tidak dipanggil, anggota polis tidak dipanggil, slip transaksi Touch and Go tidak dikemukakan, log panggilan telefon dan mesej dengan Zahid juga tidak dikeluarkan,” katanya.
Dalam kes Rosmah, dia berkata saksi yang dipanggil oleh pihak pendakwaan termasuk individu yang mengambil wang dan kakitangan bank, manakala cek bank turut dikemukakan sebagai bukti.
“Bukti tidak langsung seperti yang diketengahkan dalam kes Rosmah semuanya tiada dalam kes ini. Begitu juga, ada gambar diambil dan pelan lakaran dalam kes Rosmah tetapi tidak dalam kes ini,” katanya.
Hakim berkata Nicole, seorang warga China yang bekerja dengan subkontraktor di Hong Kong, memainkan peranan penting untuk menjelaskan peranannya dalam menyediakan sebahagian besar dana daripada RM238 juta seperti yang dinyatakan dalam lejar.
“Dalam kes Zahid, saksi yang terlibat atau mempunyai pengetahuan mengenai sumber dana iaitu Nicole Tan, dua pengurup wang telah disoal siasat dan keterangan mereka direkodkan tetapi tidak dipanggil sebagai saksi untuk menyokong kes pendakwaan.
“Selain Nicole, berdasarkan bahagian deposit dalam lejar, wang telah diterima daripada 15 pihak lain tetapi ia tidak pernah dijelaskan atau diterangkan oleh mana-mana saksi pendakwaan mengenai siapa 15 pihak ini dan bagaimana mereka terlibat dalam perkara itu,” katanya.
Hakim kemudian membuat kesimpulan bahawa tiga saksi utama itu tidak boleh dipercayai.
“Anehnya, bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), David Tan Siong Sun, yang merupakan pencipta lejar itu, mengakui semasa pemeriksaan balas bahawa penyerahan kedua wang tunai RM3 juta melalui bagasi adalah satu perkara yang difikirkan semula (afterthought),” katanya. Mk
Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 – Hakim
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.