Kerjasama PAS-UMNO, pemimpin Bersatu bidas PAS

Pemimpin Bersatu mengkritik prinsip PAS meskipun dilihat agak mengelirukan khususnya membabitkan soal kerjasama dengan Umno.

Menurut laporan Malaysiakini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman, berkata sewajarnya pendirian terkini PAS mengenai BN diulas oleh pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).

“Saya pun sudah berkali-kali menyatakan saya menghormati pendirian PAS dalam politik walaupun ia dilihat agak mengelirukan, dalam keadaan sekarang di mana kepimpinan Umno menolak kerjasama dengan PAS ketika PRU ke-15 nanti,”



Kelmarin, PAS menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) merupakan musuh mereka pada PRU ke-15 dan bukan BN.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, partinya juga masih percaya bahawa hanya kerjasama dengan Umno-BN atas konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional mampu menjadi formula berkesan untuk menghadapi PH.

Katanya, pendekatan itu diterima majoriti pengundi ke arah mewujudkan sebuah “kerajaan prihatin rakyat”.

“PAS amat optimis hanya dengan perpaduan dan kerjasama politik di antara parti-parti utama Melayu-Islam sahaja akan dapat mengelakkan pertandingan lebih dari dua penjuru dalam PRU ke-15 nanti,” kata Takiyuddin.



Dalam pada itu, Muhammad Faiz berpendapat musuh yang sebenar ialah mereka yang korup, ultra liberal dan ekstremis dalam masyarakat.

“Bagi saya musuh yang sebenar ialah golongan korup, ultra liberal dan ekstremis dalam masyarakat.

“Dan mereka ini boleh berada dalam mana-mana wadah,” katanya lagi.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir



Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker