Ismail lebih bagus dari Muhyiddin sebagai PM – Adun PKR
Muhyiddin gagal
Ismail lebih bagus dari Muhyiddin sebagai PM – Adun PKR
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR menyifatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri lebih baik berbanding Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.
ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, Ismail Sabri telah meninggalkan legasi dan pembaharuan dalam tempoh setahun menjawat jawatan tersebut.
Ismail Sabri juga, katanya, telah menandatangani perjanjian (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) sebaik dilantik ke jawatan tersebut.
Sementara Muhyiddin pula kata Najwan akan diingati sebagai Perdana Menteri yang tidak berjaya.
“Bukan nak kata Ismail Sabri ini bagus sangat tapi yang jelas Ismail lebih bagus dari Tan Sri (Muhyiddin).
“Setidak-tidaknya, bila pilih untuk tandatangan memorandum persefahaman dengan PH ada juga legasi dan pembaharuan yang Ismail buat dalam tempoh setahun. Tan Sri pula dikenang sebagai PM gagal,” katanya di Twitter.
Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin hari ini menganggap Perdana Menteri sekarang gagal menguruskan masalah ekonomi negara ketika semakin ramai rakyat bergelut dengan kesusahan hidup.
Muhyiddin Yasin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 16 Ogos 2021 selepas dilantik kejawatan tersebut pada 29 Februari 2020.
Beliau meletakkan jawatan selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.
Ismail Sabri mengantikan tempat Muhyiddin selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen. MG
Ismail lebih bagus dari Muhyiddin sebagai PM – Adun PKR
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.