Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah
Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah
Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengingatkan bahawa musuh sebenar Penyatuan Ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutu-sekutunya termasuk ‘khemah besar’ seolah-olah menyungguhkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh dibuat kawan.
Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia merangkap Bendahari Pemuda UMNO Kedah, Datuk Hasmuni Hassan menyifatkan pandangan Takiyuddin agak menarik apabila mengingatkan bahawa musuh sebenar penyatuan ummah ialah PH dan khemah besar.
“Selain itu, Takiyuddin juga menegaskan bahawa Pas masih mahu menjalin hubungan dengan UMNO sebagai Rakan Ta’awun mereka.
“Kenyataan Takiyuddin menyungguhkan bahawa Bersatu memang tidak boleh dibuat kawan. Pengkhianat tetap pengkhianat,”katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, umum tahu Bersatu ditubuhkan oleh orang-orang yang mengkhianati UMNO apabila bertindak meninggalkan UMNO apabila parti itu dalam kekalahan dan kesusahan.
“Kita mungkin tidak perlu mengajar Pas makna pengkhianatan kerana mereka juga pernah dikhianati oleh orang-orang yang menubuhkan Amanah,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu merasakan Bersatu dan khemah besar yang diasaskan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berupaya melindungi dan menaungi sesiapa.
Tambah beliau, disebabkan itu, sokongan dan dukungan rakyat terhadap Bersatu dan khemah besar ditolak sedikit demi sedikit.
“Rakyat tahu dan kenal siapa Bersatu, malah tahu juga sejauh mana prestasi dan kemampuan mereka menerajui negara. Takkanlah Pas tidak tahu,” katanya.
Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Pas sama sekali tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Takiyuddin berkata, parti itu sebaliknya tetap menegaskan bahawa musuh sebenar penyatuan ummah adalah PH dan sekutu-sekutunya termasuk khemah besar.
Beliau berkata, Pas kekal dengan pendirian untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun (kerjasama) sekali gus tidak bersetuju dengan gambaran BN sebagai musuh dalam PRU15 nanti. Sinar
Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir
You must be logged in to post a comment.