Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
Seorang suami tidak berhati perut apabila mengambil keputusan bunuh diri dan isterinya pula terpaksa menanggung bebanan hutang berjumlah 3.5 juta rupiah (RM1,063).
Lapor Kompas.com, Edi Siswanto tidak berfikir panjang kerana sanggup membiarkan dirinya dilanggar kereta api di stesen Pagaden Baru, Subang, Jawa Barat, Ahad lalu.
Penduduk di Kampung Soklat mendakwa mangsa bunuh diri kerana terjerat dengan hutang.
Ketua Polis Pagaden, Senen Ali berkata, mangsa menuju ke landasan kereta api itu dengan menaiki kenderaan Suzuki Pickup T8552AH.
“Maklumat dari saksi mengatakan mangsa keluar dari bilik air dan duduk di kerusi stesen kereta api tersebut.
“Ketika kereta api dalam perjalanan dari Jakarta ke Pasar Turi Surabaya melalui laluan di stesen berkenaan, lelaki itu sengaja berlari ke landasan sebelum dilanggar,” katanya.
Senen berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Subang dan pihaknya turut menemukan sebuah wasiat di dalam kenderaan yang dinaiki mangsa.
“Kita mengesyaki mangsa terdesak bunuh diri akibat hutang dan meninggalkan pesanan kepada isterinya supaya melangsaikan hutang 3.5 juta rupiah itu,” katanya. Utusan
Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
Baca Artikel Menarik:
- Kalau anak jantan, tekan butang PN tarik sokongan kepada PM
- Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat
- Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang
- AirAsia paling banyak terima aduan daripada penumpang
- Air kencing berbau hancing, ini sebabnya
- Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
- Selepas ‘projek’ 700 lelaki wanita kata sudah insaf
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15
- Shahril Hamdan sekolahkan Muhyiddin
- Pengarah universiti ditahan disyaki terima Honda Accord
- Kenyataaan Tommy Thomas bermain ‘api’ amat bahaya sangat bersifat perkauman – Majlis Profesor Negara
- Resepi Kerabu Mangga Thai Khop Khun Khap
- Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti
You must be logged in to post a comment.