Nurul Izzah rangkul emas kedua

Nurul Izzah rangkul emas kedua

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri membuktikan statusnya selaku pelumba berbasikal trek wanita terbaik negara apabila merangkul pingat emas kedua pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022, hari ini.

Berlangsung di Velodrom Nasional Malaysia, Nurul Izzah yang mewakili Kedah, mendominasi acara 500 meter ujian masa dengan catatan 35.545 saat (s).



Dia mengatasi pelumba Pulau Pinang, Nurul Aliana Syafika Azizan yang melakukan catatan 36.618s manakala pelumba Selangor, Nurqadrina Emylia Norzali pula melakukan catatan 36.928s untuk meraih gangsa.

Semalam, pelumba negara berusia 19 tahun itu yang berlatih di bawah bimbingan John Beasley, meraih emas menerusi acara pecut wanita.

“Saya agak kurang berpuas hati dengan persembahan hari ini kerana tak dapat pecahkan rekod peribadi. Saya perlu terus berlatih lebih kuat untuk capai sasaran itu.

“Hari ini saya rasa kepenatan kerana sudah beraksi semalam. Apapun saya akan terus berusaha untuk cuba meraih pingat lagi,” katanya.



Nurul Izzah mencipta sejarah memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, Jun lalu.

Catatan peribadi terbaiknya adalah 34.668s yang dilakukan pada Kejohanan Kebangsaan, Disember tahun lalu.

Nurul Izzah akan menyertai dua lagi acara selepas ini iaitu pecut berpasukan wanita serta keirin.

Sementara itu, acara pecut berpasukan lelaki pula dimenangi oleh pasukan Perak terdiri daripada Ahmad Safwan Ahmad Nazeri, Mohamad Zakwan Hamidon, Nadzrul Hafidzy Mohd Hafidz dengan catatan 46.003s.



Pingat perak menjadi milik pasukan Johor (Amar Danial Masri, Estiqfaiq Eiszaham dan Muhammad Ridwan Sahrom) yang melakukan catatan 46.223s.

Manakala pasukan Kedah terdiri daripada Darwish Putra Muhd Sanusi, Mohamad Fariz Haikal Mohamad Kadir dan Umar Hasbullah melakukan catatan 46.934s untuk meraih gangsa. HM

Nurul Izzah rangkul emas kedua


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti



Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker