31 Dis 2022 tarikh akhir mohon lesen perniagaan bagi peniaga, penjaja di Kuala Lumpur

 

KUALA LUMPUR: Peniaga dan penjaja di ibu kota yang masih tidak memiliki lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa membuat permohonan sebelum 31 Dis ini bagi mengelak tindakan penguatkuasaan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.

“Sepanjang tiga bulan bermula 1 Okt ini, penguatkuasaan akan dilonggarkan bagi memberi peluang kepada peniaga di Kuala Lumpur menjalankan proses memohon lesen yang akan diberi kepada yang layak.

“Tidak akan ada lagi kompromi kepada peniaga tanpa lesen selepas tempoh berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Terdahulu Jalaludin menyerahkan surat tawaran Lesen Statik Tepi Jalan kepada 18 penjaja yang menjalankan perniagaan di Jalan Palong, Taman Miharja, Cheras.

Jalaluddin turut mengingatkan peniaga agar patuh dengan peraturan dan syarat lesen yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan termasuk pembatalan lesen diambil.

BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker