Kereta terbabas masuk gaung, seorang parah dua cedera

Bomba mendapati terdapat dua lelaki dan seorang wanita telah tersepit di dalam kereta berkenaan.- Foto JBPM Pahang

LIPIS: Tiga cedera termasuk seorang parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung berhampiran Dewan Orang Ramai Kampung Baru Penjom dekat sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.04 pagi.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat, sepasukan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua buah jentera.

“Sejurus tiba di lokasi, anggota bomba mendapati sebuah kereta Toyota Vios telah terbabas ke dalam gaung. Terdapat dua lelaki dan seorang wanita telah tersepit di dalam kereta berkenaan

“Pihak bomba bertindak membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, kesemua mangsa termasuk seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah telah dibawa naik oleh anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Lipis dengan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, anggota bomba turut menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian dan kereta Toyota Vios itu sebelum menamatkan operasi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker