PAS Pahang mahu pertahan agenda Muafakat Nasional

 

Penyatuan semua parti berasaskan Melayu dan parti bukan Islam tertentu kekal menjadi agenda utama PAS Pahang untuk berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, berkata hanya dengan penyatuan itu juga mereka dapat mengelak daripada berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih yang boleh memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.



“Bagi PAS Pahang, persiapan untuk PRU15 tetap mengambil kira agenda penyatuan ummah yang kami usahakan sejak dulu untuk mengelak pertembungan tiga penjuru hingga boleh memberi kelebihan kepada PH.

“Agenda ini masih kita pertahankan dan PAS Pahang secara khususnya, konsisten untuk menyatukan semua parti Melayu dan bukan Islam supaya agenda berkenaan boleh diterima oleh semua pihak.

“Walau apapun situasi atau perkembangan semasa, semua gerak kerja ke arah itu sudah dimulakan termasuklah persiapan jentera dan manifesto,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini di Kuantan, Pahang, hari ini.

Rosli memberikan kenyataannya itu selepas ditanya berkaitan hasil mesyuarat membabitkan pimpinan parti komponen Perikatan Nasional (PN) Pahang yang berlangsung hujung minggu lalu.



Mesyuarat dipengerusikan Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Menteri Luar, Saifuddin Abdullah, serta dihadiri Pengerusi Gerakan Pahang, Randy Yap Kim Heng dan Rosli sendiri.

Pada mesyuarat itu juga, Saifuddin kekal menjadi Pengerusi PN Pahang manakala Rosli, Randy dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Ketua Bersatu Paya Besar, Mohd Yazid Mohd Yunus, dilantik sebagai naib pengerusi.

Ditanya mengenai penggunaan slogan “PN Teraju Pahang” diumumkan Saifuddin selepas mesyuarat itu, Rosli memberitahu slogan hampir sama diperkenalkan PAS Pahang pada PRU lalu.

“Dalam PRU14 (pilihan raya umum ke-14) kami dah guna slogan ‘PAS Teraju Pahang’ dan lepas mesyuarat PN Sabtu lalu, kita ambil ketetapan untuk mengangkat slogan sama.



“Jadi, kami harap ia boleh menyuntik semangat ahli dan pendukung PN (untuk) berusaha ke arah memenangi pilihan raya dan memerintah Pahang.

“Bagi PAS Pahang, kami berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan hala tuju ini, sama ada PAS sebagai kerajaan atau sebahagian daripada kerajaan dalam penyatuan ummah itu,” katanya.

Rosli juga menjelaskan hubungan di antara PAS dan Umno Pahang kekal mesra walaupun peruntukan kepada semua ahli dewan undangan negeri PAS di negeri berkenaan dihentikan sejak awal tahun ini.

Katanya, isu itu tidak menjadi penghalang untuk PAS meneruskan agenda penyatuan ummah di Pahang.



Penarikan balik peruntukan kepada Adun PAS Pahang didedahkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadli Shaari, pada 12 September lalu melalui hantaran di laman sosial Facebook milik ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan itu.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker