Doktor terkejut wanita telan 55 bateri saiz AA, AAA

Ujian X-ray mendapati bateri di dalam perut pesakit kelihatan tidak menghalang saluran gastrousus dan tiada sebarang bateri yang menunjukkan petanda mengalami kerosakan struktur. – Irish Medical Journal

DUBLIN, IRELAND – Sepasukan doktor di Ireland berjaya mengeluarkan 55 biji bateri bersaiz AA dan AAA dari perut seorang wanita selepas dia dilaporkan menelan bahan tersebut dalam  tindakan untuk mencederakan diri sendiri, lapor laman berita Wion News semalam.

Berdasarkan laporan perubatan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan, Irish Medical Journal Khamis lalu, pesakit berusia 66 tahun itu dirawat di sebuah hospital di Dublin selepas menelan bateri berbentuk silinder dengan kuantiti tidak diketahui pada awalnya.

Doktor yang merawat wanita berkenaan dalam laporan itu berkata, ia merupakan jumlah bateri terbanyak yang ditelan dalam satu-satu masa yang pernah dilaporkan.

“Tindakan menelan beberapa bateri AA bersaiz besar sebagai langkah mencederakan diri sendiri adalah suatu kejadian yang luar biasa,” kata doktor-doktor.



Bagi kebanyakan kes tertelan bateri dalam kalangan kanak-kanak, bateri ada kalanya boleh bergerak di dalam badan tanpa mengakibatkan masalah.

Namun, sekiranya tersekat pada kerongkong, ia boleh menyebabkan kecederaan teruk dan mengancam nyawa, demikian menurut pusat perubatan UCSF Benioff Children’s Hospitals di California.

Ini kerana air liur akan menyalurkan arus elektrik dalam bateri yang ditelan, merangsang tindak balas kimia yang boleh membakar esofagus serta mengakibatkan kerosakan tisu yang teruk serta pendarahan.

“Risiko  bateri silinder yang boleh mengakibatkan mudarat teruk tidak harus  dipandang ringan,” kata laporan kes wanita berkenaan.



Dalam kes tersebut, hasil pemeriksaan X-ray mendapati bateri di dalam perutnya kelihatan tidak menghalang saluran usus dan tiada sebarang bateri yang menunjukkan petanda mengalami kerosakan struktur.

Selepas seminggu dipantau, doktor melakukan pembedahan ke atas pesakit berkenaan dan mendapati bahawa perut ‘tertarik’ ke bawah akibat berat bateri,  menyebabkannya menjadi kembung dan menegang.

Pasukan doktor tersebut membuat lubang kecil pada perut pesakit dan mengeluarkan semua bateri itu. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh



Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker