Penjara perlu bantuan, di mana dan apa peranan kementerian?

Jabatan Penjara Malaysia menghubungi Ustaz Ebit Lew bagi mendapatkan bantuan segera bagi para banduan yang menjalani kuarantin.

Mereka tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan jumlah banduan yang positif Covid-19 pula adalah tinggi.

Di manakah Menteri KDN? Itu soalan yang ditanya-tanya oleh orang ramai. Adakah beliau terlalu sibuk mencatur hal-hal politik?

Seorang penganalisa politik tempatan Ab Jalil Backer juga bertanya soalan mengenai keperluan mendesak di penjara.

Kata beliau sekiranya rakyat perlukan bantuan segera memang susahlah untuk kerajaan membantu semua sekaligus tetapi kalau ianya di dalam penjara, ia seolah-olah seperti KDN tidak berfungsi sepenuhnya.

Berikut catatan dari FB Ustaz Ebit Lew.

Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk mereka yang dikuarantin. Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke penjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana.


Kita semua sebuah keluarga.

Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas.

Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara pokok sena dan Alor setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran. Buat petugas negara barisan hadapan terus kuat dan diberi kekuatan.

Mahkamah kekal hukuman penjara, denda Adam Rosly (bekas ketua Pemuda PKR Ampang).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker