Warga emas maut diseret lori 200 meter

Warga emas maut diseret lori 200 meter

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas diseret 200 meter dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 433 Lebuh Raya Utara-Selatan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, dalam kejadian sekitar pukul 7 pagi, penunggang lelaki berusia 66 tahun dalam perjalanan ke Subang dari Tanjung Malim telah terbabas sendiri sebelum dilanggar sebuah lori jenis Nissan.

“Siasatan awal mendapati mangsa terbabas di lorong kiri lebuh raya lalu dilanggar dari arah yang sama dan diseret sejauh 200 meter sebelum terbakar.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori merupakan lelaki berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suffian berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. K Online

Warga emas maut diseret lori 200 meter


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker