Najib masih di HKL

Najib masih di HKL

Najib Razak masih sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat mengalami masalah tekanan darah.

Sehubungan itu, prosiding kes rasuah membabitkan penyelewengan dana RM2.28 bilion 1MDB yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hanya akan disambung semula pada 26 Sept.

Semasa sebutan kes di mahkamah terbuka di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan bekas menteri kewangan itu masih sedang dirawat di HKL.

Shafee berkata, dia hanya sempat berjumpa dengan anak guamnya di HKL selepas tiga jam, kerana tidak dapat bertemu dengannya mahupun mendapat maklumat daripada pegawai perubatan sebelum ini.

“Saya kemudian berjaya berjumpa anak guam saya, dia (Najib) sendiri tidak tahu berapa lama dia akan berada di sana. Dia hanya tahu dia perlu menjalani pelbagai ujian kesihatan setiap hari.

“Ada MC (sijil sakit perubatan) yang disediakan oleh Jabatan Penjara (tetapi dikeluarkan oleh HKL), berdasarkan pemeriksaan kesihatan mereka. MC adalah dari 14 hingga 15 Sept, dan dia masih di Wad 21 di HKL,” kata peguam itu.

Menurutnya, tekanan darah Najib sudah turun tetapi belum berada pada tahap memuaskan, walaupun selepas diberikan ubat bagi penyakit darah tinggi yang asal.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan untuk melapangkan perbicaraan esok, kerana keadaan tertuduh telah disahkan oleh pegawai kerajaan di sebuah hospital.

Sequerah kemudian membenarkan perbicaraan dilapangkan esok dan bersambung semula pada 26 Sept. Mk

Najib masih di HKL


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker