Elak jatuh lubang, pemuda maut kereta terbabas ke dalam gaung

Elak jatuh lubang, pemuda maut kereta terbabas ke dalam gaung

LUNDU: Cubaan mengelak lubang pada laluan yang sedang ditempuhinya, menyebabkan seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung sedalam 12 meter, ketika melalui Jalan Lundu-Bau dekat Kampung Siluk, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa yang maut dikenali Ezra ak Sidi, 24, beralamat di Kampung Pasir Tengah Lundu.



Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Damatarius Lautin, berkata kemalangan berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu mangsa bergerak dari arah Bau menuju ke arah Lundu.

“Sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai cuba mengelak lubang tetapi hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terjatuh ke dalam gaung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Damatarius berkata, mangsa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari dalam kenderaan sebelum dibawa ke Hospital Lundu untuk mendapat rawatan.

“Namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik ketika berada dalam rawatan di bahagian kecemasan Hospital Lundu.



“Mayat telah dibawa ke rumah mayat hospital daerah Lundu dan telah dituntut anggota keluarga,” katanya.

Beliau berkata, kereta mangsa dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Lundu untuk tindakan selanjutnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BH

Elak jatuh lubang, pemuda maut kereta terbabas ke dalam gaung


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida



Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker