Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
Saman menuntut pembayaran royalti daripada Prism Berhad
Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
Seramai 32 penggiat seni tanah air terdiri daripada penyanyi dan pemuzik terkenal sudah memfailkan satu notis usul berserta afidavit sokongan bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ia bagi memfailkan saman menuntut pembayaran royalti daripada Prism Berhad selaku badan berlesen yang mengutip royalti bagi tahun 2017 sehingga 2021.
Notis usul ini difailkan melalui firma Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofiah pada 9 September lalu.
Tindakan ini julung kalinya dibuat oleh penggiat seni tanah air dan juga melambangkan penyatuan mereka di dalam menuntut hak di bawah Akta Hakcipta 1987.
Antara mereka yang menuntut hak ini ialah Datuk DJ Dave, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Malek Ridzuan, J. Sham, Aris Ariwatan, Ajin Blackrose, Zahar Spring, Leina Hangat dan ramai lagi.
Wakil Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofiah, Datuk Kamaruzaman Muhammad Arif berkata, di bawah Seksyen 3 Akta Hakcipta 1987, penggiat-penggiat seni ini dikategorikan sebagai pelaku yang layak untuk menuntut hak royalti terhadap persembahan muzik seni mereka berdasarkan perundangan.
“Artikel 3.2, Bab 6 Perlembagaan Prism Berhad menyebut bayaran royalti Pelaku hendaklah diagihkan sekali setahun.
“Namun, sejak 2017 sehingga 2021, tiada sebarang bayaran royalti dibuat kepada artis sehingga kini walaupun telah dituntut,” katanya pada sidang media di Crystal Chambers, hari ini.
Sekitar 2018, berlaku pertikaian perundangan di antara Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM), Recording Industry Association of Malaysia (RIM) dan Prism Berhad.
Ini mengakibatkan Prism Berhad telah digulungkan melalui perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2018.
Manakala urusan pentadbiran Prism dikawal selia oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) selaku pelikuidasi Prism Berhad.
Menurut Kamaruzaman, tindakan ini adalah untuk mendapatkan satu pengisytiharan terhadap wang royalti yang dikutip.
“Wang kutipan yang tidak diagihkan dengan betul dan siapa tidak jalankan pengagihan dengan betul boleh disabitkan dengan kesalahan.
“Ini baru langkah pertama. Kita nak mengesan ke mana perginya duit itu dan mengapa ia tidak diagihkan.
“Kalau duit itu habis, ia pergi mana dan sekiranya ia dibelanjakan siapa yang mengawal selia dan adakah perbelanjaan sah itu dari segi undang-undang?,” katanya.
Pihaknya juga ingin tahu bagaimana pengiraan royalti dibuat dan sistem apa yang digunakan untuk pengagihan.
Kamaruzaman menambah, pihaknya juga menolak sekiranya pihak defendan yang terlibat dengan isu royalti Prism Berhad ini ingin menyelesaikannya di luar mahkamah.
“Kami gunakan jalan perundangan untuk mendapatkan pencerahan dan jawapan kerana plaintif-plaintif ini mahu menuntut untuk hak mereka dikembalikan.
“Agensi yang diamanahkan itu dilihat gagal untuk mengagihkan royalti dalam tempoh lima tahun terbabit. Jalan penyelesaian terbaik adalah di mahkamah.
“Ini bukan sahaja perjuangan 32 ahli yang bersetuju memfailkan notis usul dan afidavit tetapi juga mampu memberikan manfaat kepada 1632 ahli Prism yang lain serta golongan pelapis,” katanya. HM
Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
Baca Artikel Menarik:
- Siarkan rakaman penuh prosiding rayuan akhir kes SRC – Shahrir
- Najib tidak dibenarkan mendapat rawatan di IJN
- Rafizi perlu lihat ‘kubur’ PKR – Noh
- Ugut sebar video bogel jika tidak masukkan RM1,000
- PAS takkan kerjasama dengan Umno – Bersatu
- Dubai rancang bina resort seperti bulan bernilai RM22 bilion
- UMNO mahu kerusi dimenangi wakil rakyat yang melompat parti – Shahril
- Nama Tajuddin tiada dalam senarai duta baharu
- Wanita potong kemaluan suami kerana curang dan mahu menikah lagi
- Pengedar Dadah Di UK Beri Diskaun Untuk Kokain Dan Ketamin Sempena Kematian Ratu
- Kes serangan seksual bapa Puteri Balqis diambil alih Polis Shah Alam
- Kutipan Abang Long Fadil 3 dah RM10 juta
- Sebab Dr Amalina pilih kerakyatan British untuk anak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)
Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]
Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)