Tentera laut terima 2 LCS pada 2026 – Panglima ATM

Tentera laut terima 2 LCS pada 2026 – Panglima ATM

Tentera laut akan menerima dua kapal tempur pesisir (LCS) masing-masing pada Januari dan September 2026, kata Panglima Angkatan Tentera (ATM) Affendi Buang.

Katanya, pembinaan kapal-kapal itu telah berjalan bermula awal September melibatkan mobilisasi peralatan dari pengilang peralatan asli (OEM) dan subkontraktor tempatan.



“Kabinet pada April lalu telah membuat keputusan untuk meneruskan projek LCS ini kerana ianya aset yang sangat diperlukan oleh tentera laut bagi memastikan kedaulatan, integriti wilayah dan kepentingan maritim negara sentiasa terpelihara.

“Berdasarkan perancangan, kapal pertama dijangka diserahkan kepada tentera laut pada Januari 2026, kapal kedua pada September 2026, kapal ketiga pada Mei 2027, kapal keempat pada Januari 2028 dan kapal kelima pada September 2028,” katanya menurut Sinar Harian.

Pada 8 Ogos, Menteri Kanan Pertahanan Hishamuddin Hussein, berkata LCS pertama dapat disiapkan dalam tempoh setahun hingga dua tahun lagi.

Sementara itu, Affendi berkata, pihaknya turut mendaftarkan projek perolehan kapal misi pesisir (LMS) kelompok kedua dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi 2023.



“Perolehan LMS kelompok kedua menunggu kelulusan pelaksanaan projek daripada kerajaan. TLDM turut mengkategorikan projek ini sebagai kritikal dan perlu diberi keutamaan tertinggi.

“Sebagai sebuah negara maritim, keluasan perairan negara memerlukan tentera laut mempunyai keupayaan cegah rintang yang kredibel,” katanya.

Affendi memberitahu, berdasarkan konsep pertahanan dua wilayah tentera laut memerlukan sekurang-kurangnya 12 buah kapal platform peluru berpandu (kombatan).

Katanya, walaupun pembinaan LCS diteruskan, ianya masih belum mencukupi untuk memenuhi keperluan tempur tentera laut dalam usaha mengekang pencerobohan kawasan maritim negara.



“Bagi memenuhi keperluan ini, tentera laut berpandangan perolehan baharu sebanyak lapan buah kapal LMS kelompok kedua perlu dilaksanakan seiring dengan perolehan lima buah LCS yang sedang berlangsung.

“Aset terbaharu yang telah memasuki inventori tentera laut adalah empat buah kapal LMS kelompok pertama, tiga buah helikopter operasi maritim (HOM), enam buah bot pemintas (FIC) dan 12 buah sistem pesawat tanpa pemandu (UAS),” katanya. FMT

Tentera laut terima 2 LCS pada 2026 – Panglima ATM


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]



Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker