Pencuri terkejut kantoi dirakam pemilik kedai [VIDEO]

TANGKAP layar memaparkan seorang penjual merakam aksi pencuri di kedainya. – TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pencuri terkejut apabila tindak-tanduknya dirakam oleh pemilik sebuah kedai, lapor laman berita Suara.com.

Video yang  dimuat naik dalam akaun TikTok @vi3vie itu dirakam di sebuah kedai aksesori di Batam, Kepulauan Riau.

Pemilik kedai itu curiga dengan seorang pembeli lalu meletakkan telefon bimbitnya secara rahsia untuk merakam gelagatnya.

Wanita berbaju merah itu kelihatan memilih penyepit rambut yang digantung di dinding. Dia terus mencuba beberapa penyepit sementara dipantau oleh pemilik kedai tersebut.



Pencuri itu perlahan-lahan memasukkan penyepit rambut yang dicubanya ke dalam poket sambil berpura-pura melihat barangan lain.

@vi3vie

lucu bget kk yg baju merah buat ngakak🤣#fyp #duet #fypシ #fypdongggggggg #branda #viral #medan #maling #ngakakkocak

♬ suara asli – Jeng_Ok – Jeng_Ok



Sebelum ingin membayar, pencuri itu menunjukkan penyepit rambut lain yang baru diambilnya. Ketika pemilik kedai mengira, dia terkejut apabila mendapati telefon yang sedang merakamnya.

Pemilik kedai kemudian bertanya tentang penyepit yang dimasukkan ke dalam poket. Pencuri itu malah menafikan kecurian itu lalu dipaksa membayar harga sebenar sebelum beredar.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Lawak tengok reaksi pencuri itu melihat kamera, tiba-tiba diam, tabik pada penjual,’’ komen seorang netizen. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker