Bapa Legenda Bolasepak Negara Soh Chin Ann Meninggal Dunia

Bapa Legenda Bolasepak Negara Soh Chin Ann Meninggal Dunia

MELAKA: Bapa legenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Ann, Soh Tee Tong, meninggal dunia akibat uzur di Hospital Alor Gajah, awal hari ini.

Chin Ann ketika dihubungi berkata mendiang bapanya yang berusia 107 tahun mengadu tidak sihat sejak tiga hari lepas apabila tahap kesihatannya merosot kerana hilang selera makan.



Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (kiri) beramah mesra bersama warga emas berusia 106 tahun, Soh Tee Tong semasa menziarahinya di rumah dekat Jalan Kolam Air pada Januari lalu

Beliau berkata mendiang meninggalkan lapan anak iaitu lima lelaki dan tiga perempuan.

Katanya jasad mendiang bapanya akan dibawa ke kediamannya di Jalan Kolam, Alor Gajah dan majlis penghormatan terakhir akan dilaksanakan selama empat hari.



Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, ketika mengunjungi mendiang pada Januari lepas dilaporkan berkata Tee Tong merupakan individu tertua yang masih hidup di Alor Gajah ketika itu.– BERNAMA

Bapa Legenda Bolasepak Negara Soh Chin Ann Meninggal Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker