Ketahui Petanda Awal Dan 22 Lokasi Berisiko Kepala Air. Pengunjung Air Terjun Perlu Berwaspada!
Ketahui Petanda Awal Dan 22 Lokasi Berisiko Kepala Air. Pengunjung Air Terjun Perlu Berwaspada!
KEINDAHAN alam sekitar di Terengganu menjadikan negeri itu sebagai salah satu destinasi pelancongan utama Malaysia.
Selain pulau-pulau terkenal seperti Perhentian dan Redang, Terengganu juga kaya dengan keindahan sungai, lata dan air terjun.
Namun, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan peka dengan perubahan cuaca bagi mengelakkan sebarang risiko kejadian tidak diingini.
Berikut merupakan senarai lokasi berisiko mengalami fenomena kepala air mengikut daerah di Terengganu:
1. Besut
– Air Terjun Lata Tembakah
– Air Terjun Lata Belatan
– Kolam Air Panas La (La Hot Spring)
2. Setiu
– Lata Ulu Kasar
– Lata Ulu Kekabu
– Lata Chakah
– Lata Payung
Terengganu kaya dengan keindahan alam semula jadi. Foto: Instagram Johanarmang.
3. Hulu Terengganu
– Air Terjun Sekayu
– Air Terjun Juwita
– Air Terjun Soak
– Air Terjun Lasir
– Air Terjun Belukar Bukit
4. Dungun
– Sungai Loh
– Sungai Kelemin
– Air Terjun Langsir
– Air Terjun Chemerong
– Air Terjun Lubuk Kain
Orang ramai diminta agar waspada dengan tanda awal fenomena kepala air.
5. Kemaman
– Hutan Lipur Menderu
– Air Terjun Jeram Tanduk
– Sungai Air Puteh
– Sungai Cherul
22 lokasi ini dikenal pasti oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu dan turut dikongsi oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi media sosial rasmi miliknya.
Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan agar peka dengan empat petanda awal fenomena kepala air.
Antaranya bunyi deruan air yang kuat, perubahan air daripada jernih kepada keruh, air menjadi berbuih dan membawa sampah serta peningkatan air secara mendadak.
Ketahui Petanda Awal Dan 22 Lokasi Berisiko Kepala Air. Pengunjung Air Terjun Perlu Berwaspada!
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Penjual dadah kini ketuai solat
- Khairy, Rafizi saling sapa menyapa di Twitter
- Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung
- Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
- Peringatan kepada Mahathir
- Kapal ‘James Bond’ karam selepas terkandas
- Tawaran berlakon drama ditarik, nama Puteri Balqis digugurkan?
- Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
- Isu InDriver: Pastikan padang sama rata baru cakap soal persaingan sihat
- Remaja lahir bayi kembar berlainan bapa
- Tawar khidmat seks serendah RM50 hingga RM150 sejam
- ‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]
- Nabil Ahmad Jadi Teladan Rakan Di Konti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD