Polis dirasuk ketika meronda di rumah kosong

Polis dirasuk ketika meronda di rumah kosong

Polis dirasuk ketika meronda di rumah kosong
Anggota polis tersebut terdiam ketika meronda sebelum matanya bertukar putih. – Istimewa

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik menyeramkan seorang anggota polis dirasuk ketika membuat rondaan di sebuah rumah kosong, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Menurut keterangan video, anggota polis tersebut bersama beberapa rakannya bertugas di sebuah kawasan kejiranan yang kebanyakan pemiliknya sudah pulang beraya.

Mereka melakukan tugasan meronda kawasan perumahan yang kosong menjelang sambutan Aidilfitri.

Namun, ketika berada di pekarangan sebuah rumah, salah seorang daripada anggota polis itu secara tiba-tiba terdiam.

Lebih menyeramkan adalah matanya tiba-tiba bertukar menjadi putih dan mulutnya mengucapkan kata-kata yang sukar difahami.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


“Bangun, Fan, bangun,” kata salah seorang rakan sekerjanya.

Tidak dinyatakan bagaimana anggota polis tersebut kembali pulih daripada insiden itu, namun video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Pasti ada ‘penjaganya’,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

Polis dirasuk ketika meronda di rumah kosong

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker