Penjawat awam kuasai bahasa asing dapat kenaikan elaun – Ismail

Penjawat awam kuasai bahasa asing dapat kenaikan elaun – Ismail

Kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bulanan penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka berkuatkuasa 1 Januari 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu sesuai dalam usaha menggalakkan diplomat Malaysia untuk menguasai bahasa asing selaras dengan keperluan menjalankan urusan rundingan diplomatik dan perdagangan dengan negara lain.



Bagaimanapun katanya, usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu di persada dunia merupakan dasar kerajaan dan salah satu fokus di dalam Kerangka Dasar Luar Negeri iaitu Diplomasi Bahasa dan Kebudayaan.

“Seperti banyak negara maju yang mendaulatkan bahasa ibunda, saya menyeru seluruh Keluarga Malaysia agar memberikan komitmen untuk melaksanakan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan membuktikan bahasa ibunda kita tidak mengekang kemajuan negara.

“Saya telah mengarahkan supaya semua urusan surat menyurat menggunakan Bahasa Melayu, termasuk yang melibatkan urusan luar negara.

“Saya sendiri telah mengutus surat kepada pemimpin-pemimpin dunia yang ditulis dalam Bahasa Melayu dengan disertakan terjemahan Bahasa Inggeris. ”Begitu juga penggunaan Bahasa Melayu sewaktu penyertaan saya dalam pelbagai mesyuarat antarabangsa yang lain,” katanya.



Beliau berucap pada Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke-9 (HOMC9), di sini, hari ini. Hadir sama pada majlis itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pengajian, Datuk Seti Noraini Ahmad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. MG

Penjawat awam kuasai bahasa asing dapat kenaikan elaun – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual



Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker