Gangguan seksual, Puteri Balqis disaran buat laporan polis

 

PETALING JAYA: Polis akan mengambil keterangan seorang pelakon remaja dalam masa terdekat berhubung pendedahannya pernah menjadi mangsa gangguan seksual bapa ketika berusia lima tahun.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, selain pelakon remaja berkenaan, turut dipanggil adalah produser laman sosial laman Youtube yang terlibat dalam pendedahan berkenaan.



Kata sumber itu, keterangan empunya diri (pelakon berkenaan) perlu diambil bagi memastikan perkara sebenar yang berlaku.

“Jika benar apa yang didedahkan berlaku, dia dinasihatkan membuat laporan polis mengenai perkara itu,” katanya di sini, semalam.

Katanya, meskipun dakwaan gangguan seksual berkenaan telah lama berlaku, siasatan masih boleh dijalankan.

Kata sumber itu, setakat ini, tiada laporan rasmi diterima PDRM mengenai dakwaan tersebut.



“Siasatan bila-bila sahaja boleh dilakukan walaupun kes dah lama. Tindakan boleh diambil di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya.

Sejak kelmarin tular menerusi satu temu bual yang memaparkan kisah seorang pelakon membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapanya.

Artis wanita yang dikenali sejak berjinak dalam dunia lakonan sejak berusia lima tahun itu mendakwa sering menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker