Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Pada awal pagi hampir setiap laluan utama sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke tempat kerja.

Baru-baru ini seorang rider penghantar makanan dirakam menendang cermin sisi kiri sebuah Porsche 911 Carera 4S sehingga tercabut dan terpelanting mengenai Toyota Estima di hadapan mereka.

Dalam video berdurasi satu minit itu kelihatan kereta Porsche terbabit cuba menukar lorong ke kiri perlahan-lahan sambil membuka lampu signal. Pemandu tidak terus masuk ke lorong tengah, sebaliknya berhenti seketika memberi laluan kepada beberapa buah motosikal di belakangnya.

Secara tiba-tiba datang seorang rider penghantar makanan terus menendang cermin sisi kereta terbabit sehingga tercabut dan terus meninggalkan tempat kejadian.

Tindakan rider itu mengundang pertikaian warganet, ada yang menyalahkan pemandu Porsche itu kerana tidak sabar mahu menukar lorong. Nyata mereka, memberi lampu signal bukan ‘lesen’ untuk menukar lorong tanpa memberi laluan kepada penunggang motosikal yang datang dari belakang terlebih dahulu.

Namun lebih ramai mengutuk perbuatan rider berkenaan kerana bertindak agresif merosakkan kenderaan pengguna jalan raya lain yang boleh menyebabkan pemandu sukar untuk meneruskan perjalanan.

Tambah netizen lagi, mereka meminta agar pemandu Porsche itu membuat laporan polis terhadap rider terbabit kerana berlaku khianat merosakkan kereta miliknya.

Mereka turut berharap pihak berkuasa dapat memberikan hukuman yang setimpal kepada rider agar dapat menjadi pengajaran buat dirinya serta penunggang motosikal yang lain.

Gara-gara insiden rider sepak side mirror pada pagi tadi, habis semua nama rider tidak bersalah turut terpalit jua.

Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker