Resepi Garlic Butter Prawn Crispy
Resepi Garlic Butter Prawn Crispy
Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak: 25 minit
Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan
Kali ni jom kita masak resepi udang yang simple dan memang sedap kalau makan dengan nasi panas atau pun meratah macam tu aja. Udang laut segar, kita salut dengan tepung dan goreng garing. Kena pastikan bahagian isi udang tak terlebih masak, dan lembut lagi.
Kemudian kita masak udang dan dengan minyak butter, gaul dengan serbuk cili kasar dan juga yang paling penting sekali crispy garlic tu. Itu yang buatkan special rasanya bila kita makan udang, rasa pedas dan garingnya kulit luar tu sampai kita boleh gigit boleh makan ditambah pula rangup daripada crispy garlic.
Bahan-bahan:
20 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
Daun bawang
2 biji cili merah
500g udang
1/3 cawan tepung jagung
Minyak masak
3 sb mentega
2 sb sos tiram
2 sb serbuk cili kasar
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
1/2 sb gula
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk udang goreng:
Cincang halus bawang putih dan bawang besar.
Potong memanjang atau racik halus daun bawang dan cili merah.
Gunting bahagian tajam dan janggut udang, kemudian buang tali hitam belakang udang.
Salut udang dengan tepung jagung dan garam.
Goreng udang dengan api besar, angkat dan toskan minyak.
Panaskan sedikit minyak (minyak goreng udang) dan mentega.
Masukkan bawang putih cincang dan goreng sampai perang. Kemudian angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama tumis bawang besar sampai lembut.
Masukkan sos tiram dan serbuk cili kasar dan kacau sampai sebati.
Masukkan udang goreng, garam, serbuk lada sulah (pilihan), gula dan bawang putih goreng. Kacau sampai bahan bergaul sebati.
Hidang dan hias dengan hirisan cili merah dan daun bawang.
Tip:
Tips untuk bagi udang tak meletup bila goreng, tos kering udang ataupun salut dengan tepung jagung.
Goreng udang sekejap saja dengan api yang besar, udang akan garing di luar tapi masih lembut di dalam dan tak terlebih masak.
Kalau kulit udang bertukar menjadi warna putih maksudnya udang sudah masak.
Kredit Che Nom
Resepi Garlic Butter Prawn Crispy
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3