Pakar bedah Brazil keluarkan ketumbuhan seberat 45 kg

BRASILIA – Sepasukan doktor di Brazil berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 45 kilogram (kg) dari rahim seorang wanita berusia 45 tahun, lapor portal berita, MailOnline kelmarin.

Menurut ketua pakar pembedahan, Dr. Glaucio Boechet, pesakit dipercayai mempunyai ketumbuhan itu sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada sebab didedahkan tentang mengapa ia dibiarkan membesar dan tidak dibuang sebelum ini.



Pasukan pembedahan mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan tumor yang tergantung di bahagian abdomen wanita itu.

“Ia adalah tumor terbesar yang pernah saya keluarkan dari badan pesakit dan pastinya terbesar yang pernah diketahui oleh sesiapa sahaja,” kata Boechat.

Pesakit itu dimasukkan ke Hospital São José do Avai pada hari Rabu selepas dia melaporkan kesukaran bernafas.

Sekurang-kurangnya 14 doktor terlibat dalam pembedahan membuang benjolan itu.



Kos pembedahan ditanggung sepenuhnya oleh kemudahan perubatan dan sistem kesihatan awam yang dibiayai kerajaan Brazil.

Walaupun Boechat dan anggota pasukannya percaya bahawa tumor mungkin telah membesar dalam rahim wanita itu, ia akan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk mereka mendapatkan keputusan biopsi.

“Pesakit kini berada dalam keadaan sihat, stabil, bernafas tanpa bantuan peranti, bercakap dan makan seperti biasa,” kata Boechat. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker