Pemuda diburu selepas tinggal kekasih dengan barangan curi

Pemuda diburu selepas tinggal kekasih dengan barangan curi

JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditahan polis kerana disyaki cuba melarikan pelbagai barangan bernilai hampir RM1,000 dari sebuah pasar raya di Tebrau, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, seorang lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai pasangan wanita berkenaan sedang diburu polis selepas berjaya melarikan diri.



Pasangan tersebut mengambil beberapa barangan di pasar raya tersebut sebelum keluar tanpa buat pembayaran di laluan kaunter pembayaran secara layan diri.

“Pengadu memaklumkan dia menyedari kejadian itu pada pukul 7.15 malam, iaitu seorang wanita berusia 31 tahun dan pasangannya, lelaki berusia 33 tahun cuba mencuri barangan pasar raya tersebut, semalam.

“Pasangan itu dipercayai cuba keluar tanpa membuat pembayaran barangan yang diambil mereka yang kesemuanya bernilai RM952.19. Antara barangan diambil termasuk pelbagai jenis coklat, cangkuk kenderaan dan pemegang telefon bimbit.

“Ketika cuba ditahan orang awam, suspek lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan suspek perempuan menggunakan sebuah kenderaan jenis Honda City dengan nombor pendaftaran WD9391A,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Raub berkata, suspek lelaki yang memandu kenderaan itu secara tergesa-gesa turut melanggar sebuah motosikal dan kereta yang diletak di bahagian parkir pasar raya berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut dibuat mendapati suspek wanita warga tempatan itu positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tiga kesalahan lampau melibatkan kes dadah. Dia kini dikenakan reman selama empat hari.

“Polis sedang memburu suspek lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus Shamsudin yang mempunyai 10 rekod lampau bersabit kes curi dalam bangunan, penyalahgunaan dadah dan kes jenayah,” katanya sambil memaklumkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun yang sama.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat tentang suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nuraziera Miersha Jamaludin menerusi talian 017-3498690. Utusan



Pemuda diburu selepas tinggal kekasih dengan barangan curi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar



Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker