Azalina tidak letak jawatan Penasihat Khas Undang-Undang PM
Azalina tidak letak jawatan Penasihat Khas Undang-Undang PM
Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said masih lagi menjadi Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.
Sumber yang dekat dengan Ahli Parlimen UMNO itu menafikan Azalina meletakkan jawatan tersebut seperti yang ditularkan di media sosial hari ini.
“Sehingga kini YB Datuk Seri masih lagi penasihat khas Perdana Menteri,” katanya dalam pesanan ringkas melalui WhatApps kepada MalaysiaGazette.
Sebelum itu tular di Twitter kononnya Azalina telah meletakkan jawatan berkenaan.
Azalina dilantik ke jawatan tersebut pada 2 Oktober 2021 dan telah menerima surat pelantikan itu daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.
Azalina pada Sabtu lalu menyampaikan ucapan yang penuh semangat berkaitan pelantikan Peguam Negara.
Menurut beliau pelantikan Peguam Negara (AG) adalah atas nasihat Perdana Menteri maka dia harus melantik ‘orang dia’ untuk mudahkan segala urusan, kata Azalina yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Berucap pada majlis Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur, Azalina berkata bahawa sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik daripada “orang dia “untuk memudahkan urusan.
“Pelantikan peguam negara adalah atas nasihat PM dan PM harus melantik ‘orang dia’ sebagai peguam negara untuk mudahkan segala urusan.
“Jika kuasa penukarkan AG di tangan PM, mengapa PM tidak menukarkan AG, malah ia adalah bidang kuasa PM. “Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG pun tak boleh,” katanya bersambut sorakan kuat daripada para hadirin. MG
Azalina tidak letak jawatan Penasihat Khas Undang-Undang PM
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin patut dinobat pelakon terbaik Malaysia
- Surat bersifat hina mahkamah, Zaid minta ketua hakim negara ambil tindakan
- Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel
- 6 berita gembira pengumuman PM khas buat penjawat awam
- Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam
- Mana ada PH amalkan pendakwaan terpilih
- Menara 100 meter dirobohkan dalam masa 9 saat
- Akar umbi Pas, UMNO setuju elak bertembung 27 kerusi MN – Zuhdi
- Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi
- Khairuddin bidas PAS, jatuhkan UMNO Melayu, Islam bertentangan dengan keputusan Majlis Syura
- 7 warga asing diberkas kes penemuan mayat pemandu grab
- Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’
- Isteri naik hantu pukul suami, penyanyi dangdut [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu
You must be logged in to post a comment.