Yoo Joo-eun bunuh diri, anggap kerjaya aktres satu sumpahan
Yoo Joo-eun bunuh diri, anggap kerjaya aktres satu sumpahan
SEOUL – Aktres Korea Selatan, Yoo Joo-eun meninggal dunia akibat bunuh diri semalam. Dia berusia 27 tahun.
Media Korea Selatan melaporkan bahawa abangnya memaklumkan tentang kematian Joo-eun menerusi akaun Instagram aktres berkenaan dan turut menyiarkan surat terakhir mendiang. Tetapan akaun Instagram Joo-eun bagaimanapun ditukar kepada ‘private’ selepas itu.
Menurut media tempatan, abang Joo-eun menyiarkan surat berkenaan sebagai memenuhi permintaan terakhir adiknya.
Dia juga berkongsi butiran pengebumian dengan berkata: “Kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan, tolong hadir dan ucapkan selamat tinggal kepada Joo-eun.”
Berdasarkan terjemahan oleh laman berita hiburan soompi.com, nota terakhir berkenaan menyatakan: “Saya mohon maaf kerana pergi dahulu (kematian). Saya benar-benar meminta maaf kepada ibu, ayah, nenek dan abang.
“Hati saya menjerit bahawa saya tidak mahu hidup lagi. Hidup tanpa saya mungkin kosong tetapi tolonglah teruskan kehidupan dengan berani. Saya akan memerhatikan setiap perkara. Janganlah menangis.
“Saya tidak lagi sedih sekarang ini. Saya berasa aman dan tenteram. Ini mungkin kerana saya telah memikirkannya (bunuh diri) untuk tempoh yang lama.
“Saya hidup penuh gembira yang mana ini lebih daripada apa yang selayaknya untuk diri saya. Kerana itu, cukuplah bagi saya. Sudah cukup. Justeru, tolonglah teruskan kehidupan ini tanpa menyalahkan sesiapa,” demikian maksud nota tersebut.
Joo-eun yang pernah membintangi drama Big Forest(2018) dan Joseon Survival Period (2019) turut menyatakan bahawa dia sangat teringin untuk menjadi seorang aktres tetapi mendapati kehidupan menjadi sukar.
“Saya tidak mahu melakukan perkara lain. Mempunyai perkara yang anda impikan adalah satu rahmat, bagaimanapun mahu melakukan hanya itu juga menjadi satu sumpahan,” katanya. K Online
Yoo Joo-eun bunuh diri, anggap kerjaya aktres satu sumpahan
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin patut dinobat pelakon terbaik Malaysia
- Surat bersifat hina mahkamah, Zaid minta ketua hakim negara ambil tindakan
- Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel
- 6 berita gembira pengumuman PM khas buat penjawat awam
- Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam
- Mana ada PH amalkan pendakwaan terpilih
- Menara 100 meter dirobohkan dalam masa 9 saat
- Akar umbi Pas, UMNO setuju elak bertembung 27 kerusi MN – Zuhdi
- Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi
- Khairuddin bidas PAS, jatuhkan UMNO Melayu, Islam bertentangan dengan keputusan Majlis Syura
- 7 warga asing diberkas kes penemuan mayat pemandu grab
- Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’
- Isteri naik hantu pukul suami, penyanyi dangdut [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu
Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1