Kalau tangguh pun tak boleh, jawapan saya ‘jeng jeng jeng’- Azalina
Oleh Tun Teja
Isu hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Razak yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa mengundang bermacam-macam spekulasi dikalangan rakyat. Beberapa pemimpin UMNO turut menyuarakan kegusaran mereka berkenaan perkara tersebut memandangkan Datuk Seri Najib dilihat tidak mendapat perbicaraan yang adil.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman lantang menyuarakan rasa terperanjat beliau dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan pertukaran peguam serta penangguhan dalam kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membolehkan keadilan berjalan sebaiknya bagi kes SRC International.
Para pemimpin UMNO Bahagian pula ingin tahu kenapa Najib dipenjarakan dalam keadaan penuh kontroversi dan dinafikan hak beliau untuk mendapat perbicaraan yang adil. Dalam perkara ini, mereka mempersoalkan kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri memastikan satu perbicaraan yang adil dapat dilaksanakan.
Kelemahan yang sangat ketara berlaku dalam perbicaraan SRC Najib. Kenapa Ismail Sabri tidak bantu untuk menegakkan keadilan. Para pemimpin UMNO Bahagian juga mempersoalkan kenapa Hakim Nazlan belum didakwa sedangkan kes tersebut mempunyai asas yang sangat kukuh.
Selain daripada itu juga, mereka turut mempersoalkan kenapa Zeti Akhtar Aziz, Nor Mohamed Yakcop dan Tawfiq Ayman tidak dibawa ke muka pengadilan.
Kerajaan juga dipersoalkan mengapa tidak menggugurkan pendakwaan terpilih yang dibuat ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah.
Pemimpin UMNO Bahagian juga mahu tahu kedudukan “poster Boy” samada ianya masih relevan atau pun tidak memandangkan mereka melihat Ismail Sabri gagal memastikan satu perbicaraan yang adil dapat dilaksanan untuk Najib.
Kini para pemimpin UMNO mahu tahu apakah strategi parti untuk meredakan kemarahan para penyokong Najib terhadap Ismail Sabri dan kerajaan.
Sebarang jawapan yang dilihat cuba memperbodohkan ahli UMNO tidak akan diterima. Mereka tahu Najib hanya mahukan perbicaraan yang adil. Ismail Sabri gagal memastikan perkara tersebut.
Proses undang-undang adalah berkaitan dengan keadilan. Ini bermakna keadilan itu adalah memberikan segala-galanya yang kita mahu bawa. Dalam Islam sekalipun, seorang itu tidak boleh dianggap bersalah sehingga mencukupi segala bukti yang dia bersalah.
Datuk Zaid Ibrahim, Tan Sri Shafee sebagai peguam telah sedaya upaya cuba membawa bukti. Namun keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan pertukaran peguam serta penangguhan dalam kes perbicaraan Najib untuk membolehkan keadilan berjalan sebaiknya bagi kes SRC International mengundang spekulasi ada tangan Ghaib yang mahu memenjarakan Najib.
Kalau tangguh pun tak boleh, jawapan saya ‘jeng jeng jeng’- Azalina