Kesetiaan Alias Yahya

Kesetiaan Alias Yahya

Dua anak Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan penghargaan atas kesetiaan yang ditunjukkan bekas pengawal keselamatan bapanya.

Menerusi hantaran di Facebook Najib yang juga bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa dan Norashman menyifatkan Alias Yahya seorang sahabat sejati bapa mereka.



“32 tahun bersama kami sekeluarga. Uncle Alias Yahya, bekas pengawal keselamatan Daddy (Najib).

“Dia (Alias) la sahabat. Dia ikhlas, setia di sisi,” katanya.

Najib dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion pada Khamis.

Beliau pada Selasa lalu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 bilion setelah didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd.



Dalam pada itu, hantaran tersebut mengundang pelbagai komen dari orang ramai

“Kesetiaan dan persahabatan sejati,” kata seorang individu menerusi akaun FBnya yang bernama Hanafi Mamat di ruangan komen.

“ Kesetiaan itu tiada nilainya…terlalu berharga,” komen daripada satu akaun bernama Fahariyah Nordin.

“Nasib Najib malang kerana ramai cybertroooers dahulu tidak sesetia Alias. Mereka dah dapat paymaster baru, kutuk Najib pula,” komen darioada akaun bernama Jamal Ismail



Kesetiaan Alias Yahya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker