KDN beri penjelasan isu warga China tidak keluar Malaysia

LARUT – Kementerian Dalam Negeri akan memberi penjelasan semula berhubung isu lebih 1.2 juta rakyat China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

“Jumlah itu tidak betul. Kita akan betulkan untuk memperbaiki persepsi yang salah,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agung Bersatu merangkap Ahli Parlimen Larut itu berkata demikian selepas merasmikan persidangan serentak cawangan Bersatu Bahagian Larut pada Jumaat.



Dilapor berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia, ketibaan warga China ke negara ini bagi tempoh berkenaan ialah seramai 7,177,043 orang.

Bagaimanapun, warga China yang keluar dari Malaysia bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

Terdahulu, Hamzah menerima 204 borang keahlian baharu dari Cawangan Sungai Limau dan Paya Besar di sini. – Bernama

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker