PH tiada pilihan selain Anwar sebagai ‘poster boy’ PH?

PH tiada pilihan selain Anwar sebagai ‘poster boy’ PH?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menjadi sosok lengkap untuk ‘poster boy’ bagi PH dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Menurut Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abdul Muis, Anwar dilihat lebih menyerlah dalam kalangan ahli-ahli politik dari parti komponen PH yang lain termasuk DAP dan Amanah.

Malah daripada keseluruhan tokoh yang ada katanya, Anwar memiliki pakej yang lengkap untuk PH pertaruhkan dalam PRU15 nanti.

“Jelas Anwar itu memiliki pakej yang lengkap bukan sahaja faktor penyatu dalam Pakatan Harapan tetapi jug afaktor-faktor lain (termasuk) jaringanya dalam hubungan antarabangsa, hubungan dengan institusi, populariti dan juga pengalamannya sebagai anggota kerajaaan (sebelum ini) iaitu Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Itu jadi satu pakej yang melengkapi dalam konteks Anwar sebagai ‘poster boy’ dalam Pakatan Harapan,” kata Mujibu.

Fungsi ‘poster boy’ ini masih memberi pengaruh terhadap pengundi memandangkan ia melambangkan keseluruhan parti yang diwakili, menurut Mujibu.

Bagaimanapun, PH jelasnya mempunyai tugas yang besar memandangkan mereka berdepan dengan isu untuk memenangi kembali hati rakyat selepas apa yang berlaku selama 22 bulan era permintahan mereka satu ketika dahulu.

“Sudah tentu cabaran paling berat Pakatan Harapan ini adalah bagaimana untuk kembali memenangi hati rakyat dan menyakinkan mereka bahawa Pakatan Harapan ialah sebuah ‘kerajaan menanti’ yang dilihat mampu untuk melakukan perubahan.

“Sudah tentulah membetulkan beban selama 22 bulan menjadi kerajaan itu dilihat tidak berkesan oleh rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa ketika itu kerajaan PH yang memerintah tidak menggambarkan keseluruhan PH kerana Perdana Menteri yang memimpin PH ketika itu tidak mewakili semangat reformasi,” tambahnya.

Menurutnya, tidak adil untuk menilai prestasi sebenar PH hanya dalam tempoh tersebut memandangkan ia lebih menjurus kepada tempoh yang dilihat pramatang bagi sesebuah kerajaan.

Ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Barisan Nasional, yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun ketika ini, mampu membuka semula peluang secara terbuka kepada parti lawan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Ia mampu membantu PH untuk meningkatkan lagi serangan terhadap parti lawan berbanding BN yang mungkin terpaksa mengambil pendekatan yang ‘defensive’ dalam PRU-15 nanti.

“Kita akan menjangkakan bahawa BN akan lebih defensive, saya menjangkakan juga daripada kes pemenjaraan Datuk Seri Najib ini pilihan raya itu akan dipanjangkan kerana adanya konflik dalaman di dalam UMNO disebabkan ada lagi tokoh-tokoh UMNO yang terkait dengan kes mahkamah,” katanya.

Eksploitasi terhadap isu-isu semasa seperti isu rasuah dan salah guna kuasa termasuk dengan menimbulkan kes-kes baharu yang sudah mula mewarnai ruang perbincangan awam akan memberi kesan terhadap UMNO dalam PRU-15 nanti, tambah Mujibu.

Malah katanya, hukuman terhadap Najib juga akan mengimbangi medan pertarungan antara BN dan juga PH dalam PRU15 yang sekaligus akan menyaksikan saingan menjelang hari pengundian. Awani

PH tiada pilihan selain Anwar sebagai ‘poster boy’ PH?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker